You are currently viewing Kulat Bacillus sp. Berpotensi Sebagai Agen Kawalan Biologi Ganoderma

Kulat Bacillus sp. Berpotensi Sebagai Agen Kawalan Biologi Ganoderma


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

Mikroorganisme tanah terbahagi kepada yang baik dan yang berbahaya terhadap tanaman sawit. Mikrob ini hidup secara semula jadi dalam tanah di kawasan penanaman sawit, yang berbeza hanya dari segi populasi dan jenisnya. Keadaan ini menerangkan kenapa serangan penyakit sawit lebih teruk telah berlaku di satu kawasan sawit berbanding kawasan lain. Faktor penyebab ialah spesies mikrob yang berbeza dalam tanah. Umpamanya kulat Bacillus sp. didapati adalah mikrob bermanfaat terhadap tanaman sawit dalam menentang serangan kulat Ganoderma boninense. Jika populasi mikrob ini adalah banyak dalam tanah, maka kawasan sawit di situ dijangka tidak mudah dijangkiti kulat G. boninense. Begitulah keadaan sebaliknya.

Lembaga Minyak sawit malaysia (MPOB) pernah menyisih sebanyak 95 mikrob dalam tanah di kawasan penanaman sawit. Di antaranya 3 jenis telah dikenal pasti sebagai kulat Bacillus sp. Kajian selanjutnya telah dijalankan di tapak semaian sawit bagi menilai keberkesanannya dalam merintang kulat G. boninense. Hasil kajian itu menunjukkan kesan positif telah diperolehi mencatatkan kadar penentangan kulat G. boninense sehingga 66 – 68% berbanding plot kawalan yang tidak melakukan sebarang rawatan pada kadar 45.20%. Keadaan ini menjadikan kulat Bacillus sp. bakal dirumus sebagai ubat untuk mengawal serangan kulat G. boninense atau dirumus bersama dengan baja bio-organik kemudian dikomersialkan. Apabila populasi kulat ini semakin banyak dalam dalam tanah, kadar jangkitan penyakit G. boninense dijangka dapat dikurangkan.


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com

 

Bahan rujukan :

Shamala Sundram et al., “Bacillus spp a promising gram-positive endophytic bacteria for ganoderma control”, MPOB TT. No 676, July 2021.


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com