You are currently viewing AGROPORTER Alat pengangkutan Cekap Dan Pintar Untuk Menjimat Masa Dan Tenaga Buruh

AGROPORTER Alat pengangkutan Cekap Dan Pintar Untuk Menjimat Masa Dan Tenaga Buruh

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah membangunkan satu alat pengangkutan pelbagai fungsi yang dikenali sebagai AGROPORTER. Maksudnya alat ini boleh dikendali untuk pengangkutan buah tandan segar sawit, input pertanian termasuk baja dan racun. Kapasiti pengangkutan AGROPORTER mencapai 300kg dan boleh bergerak lancar di atas pelbagai permukaan kerana telah dilengkapi kemudahan sebegini seperti gear ke depan dan ke belakang di samping juga mempunyai daya pegangan tanah yang baik.

AGROPORTER bercorak sebuah kenderaan pengangkutan beroda tiga, dengan itu lebih mudah serta lebih anjal untuk bergerak di ladang sawit. Inilah salah satu usaha MPOB untuk menangani masalah kekurangan tenaga buruh di ladang sawit. AGROPORTER boleh digunakan sebagai alternatif kepada kereta sorong serta menggandakan kecekapan pengangkutan buah tandan segar dan barangan lain.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

AGROPORTER digerakkan oleh enjin berkuasa 150 cc dengan minyak petrol. Diyakini ia akan menjadi satu alat pengangkutan yang cekap serta menjimat masa dan tenaga buruh di ladang. Produktiviti dijangka akan meningkat berikutan pembangunan alat ini. AGROPORTER telah dipamerkan oleh MPOB di ibu pejabat Bangi sempena Hari Pemindahan Teknologi 2022 yang telah berlangsung pada bulan Jun lalu.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :