Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Beberapa jenis ulat menjadi serangga perosak yang penting terhadap tanaman rambutan. Ulat gulung (Adoxophyes privatana) akan memakan daun dengan cara menggulungkan daun kemudian mengunyah dari bahagian dalam. Dalam keadaan yang serius, seluruh daun di atas pokok akan habis dimakannya. Racun serangga Dimethoate atau trichlorphon pada kadar 0.1% bahan aktif boleh digunakan untuk mengawal.
Ulat pengorek pucuk dan buah (Conogethes punctiferallis) pula menyerang pucuk muda dan juga buah rambutan yang sedang membesar. Kehadiran perosak ini dapat dikesan apabila kelihatan bebenang menyerupai sarang labah-labah wujud di bahagaian pucuk atau buah. Ulat yang lebih matang akan memasuki ke dalam buah dan menyebabkan buah gugur secara pramatang. Ulat ini boleh dikawal dengan semburan racun serangga Carbaryl atau dengan cara menjarangkam buah.
Ulat biji rambutan (Conopomorpha cramerella) menyerang bahagian dalaman kulit buah malahan akan masuk sehingga ke bahagian biji buah. Sisa najis ulat ini akan mengotorkan isi buah. Seperti buah-buahan lain, buah yang diserang akan kehilangan nilai komersial. Ulat ini mula-mula masuk ke dalam buah mengikut hujung di bahagian tangkai. Kawalan ulat ini biasanya dijalankan dengan semburan racun serangga seperti Trichlorphon, Carbaryl dan jenis Pyrethroids semasa pembesaran buah. buah. Buah tidak boleh dipetik sekurang-kurangnya dua minggu selepas semburan racun ini bagi mengelak sisa racun di dalam buah.
Koya biasa dijumpai pada buah rambutan. Kehadiran koya amnya akan memupuk kedatangan semut atau kerengga kerana mereka mahukan manisan yang dikeluarkan oleh koya. Semasa populasi tinggi, buah akan kelihatan berjelaga hitam dan tidak elok dipandang serta sukar dimakan. Semburan dengan minyak putih boleh mengawal koya manakala semburan racun Chlorpyrifos boleh mengawal semut.
Beberapa kumbang juga menjadi perosak terhadap tanaman rambutan. Kumbang-kumbang ini seperti Apogonia sp, Adoretus sp., dan Anomala sp. memakan daun pada waktu malam. Spesies ini agak sukar untuk dikawal. Manakala kumbang belangkas, Hypomeces squamosus pula sering dilihat berdua-duaan pada waktu siang. Kumbang jenis ini lebih senang dikawal malahan melalui kutipan dengan tangan pun boleh. Kesemua kumbang perosak ini boleh dikawal dengan racun sistemik.
Dari segi penyakit pula, kulapuk debu (Oidium nepheli) akan menyerang buah rambutan bermula dari peringkat putik dan menyebabkan buah tidak akan membesar serta kurang berisi. Kulit buah akan menjadi keputih-putihan diselaputi oleh miselium putih. Buah boleh merekah dan gugur. Jika serius, keseluruhan buah kelihatan putih. Dari peringkat pembungaan dan pembesaran buah, serangan kulapuk debu sudah hendak diawasi. Semburan awal denga racun kulat jenis sulfur boleh digunakan untuk mengawal koya. Selain itu, mengurangkan kerimbunan pokok melalui cantasan juga boleh mengurangkan jangkitannya.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Sejenis kulat yang dikenali Dolabra nepheliae akan menyebabkan penyakit keruping dahan dan batang pokok rambutan. Bahagian diserangi ini umumnya adalah dahan atau ranting basah dan terselindung daripada pancaran cahaya matahari. Apabila diserang, kulit dahan dan ranting akan kering dan berkeruping serta mudah mengelupas. Jika tanpa rawatan dilakukan, dahan atau ranting tersebut akan mati rosot. Sedangkan dahan yang diserang boleh dipangkas dan dibuang sahaja, batang pokok jika diserang hanya boleh dikikis dan disapu dengan racun kulat seperti Captafol pada kadar 0.1% bahan aktif.
Penyakit kulapuk hitam ialah sejenis kulat yang tumbuh subur dengan adanya manisan daripada serangga koya dan teritip. Kulat ini akan menutupi permukaan daun dan kulit buah rambutan, sebagai akibatnya, proses fotosintesis daun diganggu serta buah tidak dapat membesar. Kulapuk hitam boleh dikawal melalui kawalan dahulu terhadap koya, teritip dan semut. Apabila ketiga-tiag perosak ini tidak wujud, maka kulapuk hitam tidak akan hadir.
Penyakit bintik algae (Cephaleuros virescens) sering menyerang daun rambutan di kawasan yang bertaburan hujan tinggi dan lembap. Daunnya akan diselaputi bintik-bintik baldu berwarna hijau kekuning-kuningan hingga kemerah-merahan. Dalam keadaan serius, seluruh daun akan dijangkiti dan menyebabkan pokok kehilangan kecergasan. Melalui pemeliharaan kanopi pokok supaya tidak terlalu rimbun dapat meminimumkan jangkitannya. Bekalan baja kepada pokok pada kadar dan masa yang betul juga akan mengurangkan jangkitannya.
Sumber maklumat :
Zabedah Mahmood et al., Rambutan & Pulasan, DBP, 2016.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com