You are currently viewing PG 88-Varieti Durian Berkualiti Tidak Konsisten Namun Pernah Menjadi Juara Dalam Pertandingan

PG 88-Varieti Durian Berkualiti Tidak Konsisten Namun Pernah Menjadi Juara Dalam Pertandingan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

PG 88, satu varieti durian kuno di Pulau Pinang, mendapat gelarannya sebagai “Lan Chiau Yuan” yang bermaksud kebun “lada reput” jika disebut dalam dialek Hakka. Namun jika disebut mengikut dialek Hokkien, ia berbunyi agak kasar dan membawa makna durian “kebun batang’ atau “kebun zakar”. Ini hanya agakan maksudnya memandangkan makna berasal bagi varieti ini sebenarnya kurang jelas.

Varieti ini dipercayai berasal dari sebuah kebun berdekatan Ayer Hitam Pulau Pinang. Kebun ini sebelumnya ditanami dengan lada hitam. Apabila tanaman ini gagal mendapat pasaran, ia kemudian digantikan dengan tanaman durian. Dipercayai PG 88 adalah berpunca daripada kebun tersebut.

Pada tahun 1990, varieti ini mendapat juara dalam satu pertandingan durian lalu didaftarkan di Jabatan Pertanian oleh Encik Teh Han Seng dan diberikan kod D178. Menurut sumber, durian ini berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang, menjadi satu varieti tambahan kepada pelbagai jenis durian yang berasal dari kawasan tersebut.

PG 88 kelihatan lebih mudah dijumpai di Australia Utara berbanding di Pulau Pinang. Varieti ini pernah diimport ke negara tersebut pada tahun 90-an. Di negara kita, varieti ini kurang dikenali ramai barangkali disebabkan oleh sifat pokok yang mudah dipengaruhi oleh cuaca. Umpamanya, jika hari berhujan, buahnya mudah gugur secara separa masak atau tidak masak sama sekali.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Buah durian PG 88 berbentuk bulat serta bersaiz dari kecil ke sederhana. Tangkai buah adalah sederhana panjang, duri buah juga sederhana besar. Dilihat dari luaran, varieti ini berwajah rata-rata sahaja tanpa menampil ciri menarik tetapi isi buah agak menarik kerana berbentuk tembam serta berwarna kuning emas. Cita rasa bagi buah ini disifatkan sebagai berkrim, lembut, sederhana manis serta berperisa sedikit pahit. Menikmat durian ini adalah satu pengalaman menarik kerana kesemua perisa isinya wujud dengan seimbang, iaitu kemanisan dan kepahitan diaduni dalam tekstur berkrim secara seimbang. Namun bagi buah yang telah dipengaruhi cuaca, kualitinya mungkin kurang menyenangkan, ibarat makna sebutannya dalam dialek Hokkien.

 

Bahan rujukan :

Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide to Penang, 2018.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :