Aplikasi baja serta memastikan baja adalah seimbang adalah faktor utama bagi pengusaha tanaman memperolehi hasil dan kualiti buah yang dikehendaki. Sehubungan itu, jenis dan ciri tanah pula mempengaruhi kadar pengambilan nutrien oleh tanaman terutama kemasinan tanah telah dilaporkan sebagai penghalang kepada perolehan hasil yang menggalakkan. Kemasinan tanah akan meningkat jika baja kimia ditabur pada kadar berlebihan. Cuaca juga faktor penting dalam aspek pengeluaran hasil mangga.
Atas sebab ini, usaha menanam mangga supaya mencapai prestasi tanaman sebagaimana dikehendaki menjadi topik utama. Demi mencapai tahap hasil serta kualiti buah yang diidamkan, pengusaha tanaman elok memperolehi analisis tanah serta analisis kualiti buah supaya mengetahui apa yang kurang sebenarnya. Pemilihan baka mangga yang sesuai dengan keadaan setempat sangat penting untuk melancarkan pengambilan nutrien dan air oleh tanaman.
Serangan penyakit, penggunaan baja yang tidak mencukupi serta tidak seimbang dilaporkan adalah faktor penyebab hasil dan kualiti buah mangga di Pakistan berada di aras yang rendah. Pakistan merupakan salah satu pengeluar mangga yang penting di dunia dan buah ini sudah disanjungi sebagai ‘raja buah-buahan’ di negara tersebut. Justeru itu fokus terhadap aspek pembajaan telah diberi perhatian berat oleh para penyelidik di tersebut negara supaya memperbaiki aras pendapatan petani mangga di negaranya. Keberkesanan aplikasi baja juga bergantung kepada sifat tanah sebagai media penyampaian nutrien secara berkesan kepada tanaman.
• Jenis Tanah
Kepentingan aspek tanah terhadap tanaman mangga wujud dari keupayaan memupuk pengembangan akar tanaman. Justeru itu, tanah gembur, ringan, mendalam (2 2.5 meter) serta mempunyai daya saliran yang baik adalah sesuai untuk kultur tanaman mangga. Tanah tersebut termasuklah tanah liat berpasir serta mengandungi bahan organik yang mencukupi. Tanah tidak perlu terlalu subur, malahan kesuburan yang tinggi dilaporkan menghalang perolehan warna buah yang canggih atas sebab-sebab tertentu. Tanah yang berpotensi menakung air, terlalu liat serta mempunyai lapisan batu keras di bawah tanah hendaklah dielak untuk digunakan dalam penanaman mangga kerana hasil dan kualiti akan terjejas.
• pH Tanah
pH tanah yang sesuai untuk tanaman mangga berada di antara 5.5 -7.5. pH tanah jika terlalu tinggi (terlalu alkali), daya pengambilan nutrien surih oleh tanaman akan dihalang dan menyebabkan hasil dan kualiti buah terganggu. Sebaliknya pH yang rendah juga menyekat nutrien diambil secara cekap oleh tanaman. Apabila perkara ini berlaku, langkah pengapuran adalah wajib supaya meningkatkan nilai pH dan bukannnya menokok baja di waktu ini kerana aplikasi baja di waktu ini tidak membantu menyelesaikan masalah malah dianggap sebagai tindakan membazir sahaja.
• Kemasinan Tanah
Kadar ketahanan tanaman terhadap tanah masin bagi tanaman ini hanyalah sederhana sahaja. Penanaman di tanah masin akan menyebabkan hujung dan pinggir daun melecur serta daun juga akan bergulung. Pokok akan mati jika tanah terlalu masin. Kadar transpirasi tanaman akan menurun berikutan peningkatan kemasinan tanah. Apabila proses metabolisme ini diganggu, tumbesaran pokok akan terjejas.
• Cuaca
Zon tropika adalah lokasi yang sesuai untuk tanaman ini. Suhu udara antara 24 – 30°C dengan kelembapan udara yang tinggi adalah antara faktor penting untuk penanaman mangga. Seperti banyak tanaman buah-buahan tropika lain, mangga memerlukan cuaca kering selama lebih kurang sebulan untuk memupuk pembungaan. Justeru itu kawasan yang sangat lembap dengan air hujan yang banyak dianggap tidak sesuai untuk tanaman ini kerana air hujan akan menjejaskan pembungaan ekoran kecekapan debunga dan bunga betina menurun semasa hujan. Disebabkan oleh perbezaan tempoh musim, musim pembungaan dan pembuahan mangga di seluruh dunia juga jatuh pada bulan-bulan berbeza. Mangga adalah tanaman berakar mendalam dan mampu mengambil air dari tanah mendalam justeru daya ketahanan terhadap musim kemarau jugalah baik.
• Aplikasi Baja
Dos baja yang diperlukan oleh tanaman mangga belum matang adalah berbeza-beza mengikut negara kerana tahap kesuburan tanah adalah berlainan. Baja makro NPK adalah nutrien utama untuk pokok mangga. Negara-negara di Pasifik Selatan mengaplikasi NPK pada kadar purata 300g/poko/tahun di peringkat pokok berumur 1 – 5 tahun kemudian meningkat kepada 700g/pokok/tahun selepas itu. Di negara-negara Pasidik Utara, pokok belum matang tetap menggunakan dos yang sama tetapi pokok berumur 5 10 tahun menggunakan kadar purata 1.00kg/pokok/tahun.
Baja ditabur dengan cara sama ada di perantaraan baris pokok atau mengelilingi pokok. 56.7% penanam di negara Pasifik Selatan menabur baja sekali dalam setahun manakala 39.5% menabur dua kali setahun. Di negara Pasifik Tengah, kadar purata baja NPK sebanyak 700g/pokok/tahun ditabur ke atas baka mangga Tommy Atkins dan Haden sebelum pokok matang. Sementara itu, pokok matang berumur 10 – 15 tahun di Pasifik Utara hanya menggunakan dos baja 300g/pokok/tahun. Keadaan ini menunjukkan julat besar telah wujud di antara negara-negara penanam buah-buahan ini serta implikasi kesuburan tanah yang agak berbeza di antara negara-negara itu.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Di Malaysia, pembajaan NPK untuk tanaman mangga disyorkan seperti berikut: Pokok berumur 1 tahun 0.34kg/pokok/tahun; pokok berumur 2 tahun 0.68kg/pokok/tahun; pokok berumur 3 – 5 tahun 1.35kg/pokok/tahun; pokok berumur 6-8 tahun 2.52kg/pokok/tahun; pokok berumur 9 tahun dan seterusnya 4.08kg/pokok/tahun. Kesemua dos tahunan dipecahkan kepada kekerapan 3-4 kali/tahun serta setiap pokok diberikan baja organik 10kg/tahun manakala pokok berumur 9 tahun dan ke atas 20 kg baja organik setahun. Pokok berumur 2 tahun menggunakan baja NPK Hijau (misalnya 15/15/15 atau 16/16/16) manakala pokok mula berbuah berkehendakkan baja biru NPK 12/12/17/2.
• Peranan Nitrogen (N)
Nitrogen dianggap sebagai enjin pertumbuhan, bermakna ia adalah perangsang pertumbuhan pokok mangga. Peranannya termasuk menjadi bahan sebatian penting dalam pembentukan asid amino, protein, klorofil daun, vitamin serta penjanaan jirim kering dalam tanaman. Ia juga membantu dalam pertumbuhan akar tanaman dan perangsang pengambilan nutrien oleh tanaman. Walaupun Nitrogen kelihatan lebih penting untuk pertumbuhan vegetatif tanaman, namun peranannya dalam pembentukan tunas bunga serta buah juga sama-sama penting. Pernah dilaporkan bahawa aplikasi baja nitrogen pada kadar 960g/pokok telah meningkatkan pengeluaran hasil sebanyak 86%.
Dalam satu kajian lain, penggunaan nitrogen 1,125g/pokok bersama baja tahi lembu pada 37.5kg/pokok berjaya meningkatkan hasil manggga sebanyak 6 kali ganda berbanding plot kawalan yang tidak diberikan sebarang baja. Nitrogen juga didapati meningkatkan pepejal boleh larut dalam buah mangga serta mengurangkan kemasaman buah. Pendek kata, jika nitrogen dibekal dengan tidak cukup, gangguan ke atas tumbesaran pokok akan dirasai kemudian disusuli penurunan
hasil dan kualiti buah. Sebaliknya bekalan nitrogen yang berlebihan akan menyebabkan pertumbuhan vegetatif berlebihan dan mengakibatkan penurunan kadar pembentukan bunga serta risiko serangan serangga juga akan meningkat ekoran warna daun yang lebih hijau menjadi tarikan besar terhadap kedatangan perosak.
• Peranan Fosforus (P)
Peranan P dalam proses pertumbuhan tanaman mangga tidak pernah dinafikan terutama unsur ini adalah bahan sebatian dalam beberapa molekul tumbuhan yang bertanggung jawab terhadap fotosintesis, respirasi, pemecahan sel serta merangsang pertumbuhan. 3 peranan P telah dikenal pasti iaitu kematangan buah, pemanjangan daun dan pengembangan akar tanaman. Peranan P adalah penting dalam pemupukan kecekapan nutrien N, K dan Mg justeru baja seimbang menjadi perkara penting dalam penanaman.
• Peranan Kalium (K)
Pembentukan buah dan aspek-aspek berkaitannya adalah antara peranan kalium dalam tanaman mangga. Melalui aplikasi kalium yang cukup, daya rintangan terhadap penyakit akan meningkat. Kualiti buah mangga juga akan meningkat setelah baja K dibekal kepada pokok.
3 jenis sumber kalium yang biasa digunakan dalam penanaman mangga adalah MOP, potassium nitrate dan potassium sulphate. Potassium sulphate lebih popular kerana kesan peneutralan yang ada ke atas tanah. Pernah dilaporkan bahawa bekalan pokok dengan potassium nitrate menjelang peringkat pembungaan pokok telah meningkatkan jumlah pembentukan bunga, pembentukan putik buah serta pengekalan buah di atas pokok. Pendek kata, kalium berperanan dalam peningkatan hasil buah serta pemupukan kualiti buah.
• Peranan Baja Sekunder dan Surih
Dalam sains pertanian, 17 jenis sumber nutrien dianggap wajib untuk melestarikan pertumbuhan tanaman. Selain 3 jenis unsur makro sudah diterangkan, unsur sekunder seperti kalsium, magnesium dan sulfur serta unsur surih seperti zink, kuprum, mangan, besi, boron dan lain-lain lagi turut berperanan penting. Dalam aspek ini, memandangkan dos keperluan mereka oleh tanaman tidaklah banyak, justeru ia boleh diaplikasi melalui semburan foliar. Semburan foliar memberi kesan dengan cepat melalui kemasukan nutrien melalui liang udara pada daun. Umpamanya, Mg, Ca dan B biasanya dirumus dan dibungkus menjadi satu produk untuk disembur. Pemilihan baja hendaklah memastikan supaya kandungannya merangkumi pelbagai jenis baja surih. Perkara ini boleh diketahui jika bungkusan baja tersebut mengandungi TE (trace elements) di belakang formulanya.
Tanpa bekalan nutrien sekunder dan surih, tumbesaran tanaman mangga akan terencat. Semua unsur tersebut memainkan peranan masing-masing dalam tanaman. Peranan tersebut melibatkan aspek yang luas, umpamanya pengangkutan nutrien antara satu bahagian ke satu bahagian lain, sebagai unsur penting dalam sebatian molekul serta memupuk kelancaran pengambilan nutrien oleh akar tanaman. Justeru itu, jika hanya mementingkan NPK sahaja, maka program pembajaan tersebut dikira kurang memadai dalam memenuhi keperluan tanaman mangga.
Bahan rujukan :
1. Muhammad Khan et al., Sustainable Management of Mango Nutrition for better Yield and Quality, Faculty of Agricultural Sciences and Technology, Bahauddin Zakariya University, 2020.
2. Panduan Penanaman Mangga, MARDI, 1996.