Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Perniagaan import avocado di Malaysia lebih menguntungkan apabila pembekal menawarkan kestabilan harga yang lebih tinggi. Harga avocado dari Kenya adalah konsisten kerana bekalan yang banyak dari tahun ke tahun. Avocado dari Kenya juga mengambil masa transit yang lebih singkat berbanding negara-negara seperti Afrika Selatan, Mexico dan AS yang membekalkan buah-buahan ini ke Malaysia.
Pengeksport avocado dari kenya menyatakan produk mereka disumber dari ladang organik serta dalam keadaan iklim yang paling ideal di Kenya.
Syarikat pengeksport mendapatkan avocado daripada ladang syarikatnya serta ladang rakan kongsi. Avocado mereka ditanami tanpa kompromi untuk bagi mencapai aras optimum dan kesegaran. Mereka juga dikatakan menawar avocado pada harga yang kompetitif.
Mesin penggredan moden digunakan untuk menepati berat avocado yang diingini. Buahnya juga disemak untuk menyingkirkan buah yang cacat dari kualiti fizikal.
Buah avocado kemudian dibungkus dalam karton 4kg untuk pengangkutan udara dan laut. Palet kayu kering digunakan untuk mengangkut karton. Setiap palet untuk pengangkutan laut memuat 276 karton manakala setiap palet untuk pengangkutan udara memuat 144 karton. Semua pembungkusan avocado telah diluluskan oleh FDA dan diperakui oleh Jaminan Kualiti HACCP. Avokado ketika di rumah pembungkusan telah melalui pemilihan oleh mesin dan pengkelasan seperti diwajibkan. Selepas mengemas, avocado disejukkan hingga 5°C di dalam bilik sejuk bagi mengurangkan suhu buah serta-merta selepas pembungkusan.
Proses ini akan mengelak buah avocado daripada menjadi lembut dan kehilangan air lalu layu. Jangka hayat yang panjang dijaminkan kerana avocado kekal segar sepanjang rantaian bekalan. Proses prapenyejukan adalah sebagai persediaan untuk penghantaran buah. Suhu sejuk terus dipelihara sepanjang proses pengangkutan.
Pasukan jaminan kualiti kemudian membuat pengesahan terakhir sebelum kontena yang memuatkan avocado meninggalkan rumah pembungkusan. Avacado kini bersedia untuk dieksport. Avocado dihantar ke tempat bertolak dalam keadaan penyimpanan sejuk suasana terkawal (CA).
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Import avocado perlu melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia terlebih dahulu. Mereka kemudiannya diuji menggunakan protokol keselamatan makanan tertentu yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kerajaan Malaysia menetapkan keperluan untuk pengimport hasil hortikultur seperti avocado melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Karton avocado mesti dilabel mengikut garis panduan yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Label mesti mengandungi maklumat berikut:
• Nama dan alamat pengeluar
• Jenama atau tanda dagangan • Negara asal
Jenis avocado dan gred
• Arahan penyimpanan dan keperluan suhu Berat kasar dan bilangan avocado setiap karton
• Jangka hayat
• Tahun menuai dan tarikh pembungkusan
Avocado yang diimport ke Malaysia mesti menjalani ujian tahap sisa maksimum racun perosak (MRL) yang dilakukan oleh makmal kerajaan. Mereka tidak boleh melebihi had yang boleh diterima menurut Codex. MAFI bertanggungjawab untuk mengawal sisa racun perosak pada import avocado.
Sumber maklumat :
Freshela Exporters.com
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com