You are currently viewing Silaj Daripada Pelepah kelapa Sawit Sebagai Bahan Makanan Menggemukkan Lembu Sebanyak 0.75kg/hari

Silaj Daripada Pelepah kelapa Sawit Sebagai Bahan Makanan Menggemukkan Lembu Sebanyak 0.75kg/hari

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Silaj merupakan ramuan bahagian-bahagian tumbuhan yang diproses untuk dijadikan bahan makanan ternakan. Kini ia mudah dihasilkan kerana adanya teknologi terbaru dalam mekanisasi, tong polipropilena dan pelitup nipis politena bagi mengekalkan keadaan aerobik. Selain itu, terdapat bahan aditif yang berkesan bagi mengawal fermentasi silaj supaya mengekalkan mutunya. Sepanjang masa ini, batang dan pelepah kelapa sawit telah dijadikan silaj dalam penternakan ruminan di Malaysia.

Kos dan Kawalan Mutu

Di United Kingdom, silaj rumput menjadi lebih mahal berbanding pengeluaran rumput untuk diragut disebabkan kos membekalkan rumput adalah separuh daripada kos keseluruhan. Di Malaysia pula, kos penghasilan silaj PKS (Pelepah kelapa sawit) adalah rendah. Namun, masalah pengurangan berat bahan kering telah wujud akibat respirasi aerobik tisu tumbuhan, proses fermentasi dan pengurangan bahagian fizikal tumbuhan sebelum dimampatkan ke dalam silo. Biarpun begitu, masalah tersebut dapat diatasi dengan kaedah pengisian tong silo secara cekap, perancangan dalam penggunaan silaj, perawatan tanaman secara fiziko-kimia, penggunaan bahan aditif dan juga penambahan bahan-bahan penyerap air di dalam silo. Kos perbandingan antara pengeluaran rumput ragutan dan silaj adalah ditunjukkan di rajah 1.

Pengeluaran rumput dan foraj yang pesat sesuai dimampatkan bagi membekalkan makanan kepada ternakan berterusan semasa musim kering. Silaj tidak menonjol di negara tropikal kerana peratusan dinding sel tanaman tropikal kekacang adalah tinggi dan aras karbohodrat sedia fermentasi yang rendah. Di Malaysia, PKS dipotong kecil dengan menggunakan mesin pemotong pelepah berkuasa petrol. Tong dram polietilena yang diperlukan adalah mudah diperolehi untuk dijadikan silo kedap udara.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Nilai Pemakanan Pelepah kelapa Sawit (PKS)

PKS terdiri daripada dedaun (kandungan protein kasar dan kalsium yang tinggi) dan petiol (kandungan serabut dan tenaga kasar yang tinggi). PKS dijadikan sebagai sumber humus kepada pokok kelapa sawit di ladang. Pelet PKS boleh dijadikan sumber makanan yang efektif untuk menggantikan rumput. Mutu silaj, kandungan asid asetik yang tinggi dan nilai pH silaj PKS dapat ditingkatkan dengan penambahan bahan urea. Kelebihan silaj sebagai makanan ternakan ruminan dapat dilihat dalam kes lembu Brakmas digemukkan dengan menggunakan rangsum berasaskan 30% silaj PKS dengan kenaikan berat purata badan lembu harian sebanyak 0.75kg. Ini dianggap tinggi bagi baka kacukan lembu tempatan.

 

Rujukan :

Mohd. Sukri Hj. Idris dan Dzulfazly Aminudin, Silaj Pelepah Kelapa Sawit : Penilaian Potensi dan Masa Depan Dalam Industri Ternakan “, Buletin Teknologi Ternakan, Bil. 3 (2007), MARDI.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com