You are currently viewing Teknologi Kawalan Jarak Jauh Mampu Memperkasakan Penanaman Melon Wangi

Teknologi Kawalan Jarak Jauh Mampu Memperkasakan Penanaman Melon Wangi

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Penggunaan teknologi mampu memudahkan pengurusan di berbagai-bagai bidang termasuk pertanian. Kebergantungan tenaga buruh secara intensif dalam penanaman penternakan bakal menjadi sejarah. Para penyelidik telah membangunkan satu teknologi internet kebendaan (internet of thing (loT) untuk mengurus tanaman seperti tanaman melon wangi (rock melon) dan berjaya memperolehi hasil yang diidamkan.

Teknologi ini pada mulanya berdasarkan teknik kawalan jauh untuk mengurus hal ehwal
pembajaan dan pengairan ke atas tanaman. Teknik ini juga dikenali sebagai fertigasi. Melalui telefon bimbit, skrin akan menunjukkan segala maklumat mengenainya supaya pengusaha boleh membuat apa jua pelarasan yang diperlukan mengikut keadaan semasa ataupun dibiarkan segala berlangsung secara automatik sekiranya tiada pelarasan perlu dibuat. Melalui teknologi rantaian awan, semua pengurusan fertigasi dapat diurus atau dianalisis dan mencapai tahap penjimatan masa di samping memperoleh keputusan yang optimum.

Dengan kata lain, teknologi internet of thing dapat menjimat masa pengusaha, jika tidak, pengusaha terpaksa pergi ke kebun untuk melakukannya. Segalanya dapat dikawal secara jarak jauh. Skrin telefon bimbit atau komputer akan menunjukkan butir-butir berkenaan dengan sempurna. Beberapa diagram dipaparkan berikut untuk menunjukkan bagaimana sistem tersebut berfungsi.

Diagram pertama menunjukkan panel kawalan merangkumi 4 pengesan (sensor) yang mencatatkan kelembapan udara, taburan hujan, tanah dan suhu udara. Umpamanya semasa hujan, pengesan hujan dan tanah akan berfungsi serta membuat pelarasan automatik untuk mengurangkan jumlah air yang perlu disalurkan ke setiap pokok. Kesemua pengesan ini sudah dipasang di kebun terutama berdekatan dengan tanaman rock melon. Dalam keadaan ini, apa yang berlaku terhadap tanah ataupun berhujan, pengesan akan berfungsi dan menghantar maklumat tersebut kepada pengusaha. Dalam telefon bimbit atau komputer pengusaha, segala maklumat ini akan muncul untuk dibaca dan dibuat pelarasan jika perlu. Justeru itu, penerapan teknologi seperti ini akan menjimat tenaga buruh dan selanjutnya menurunkan kos penanaman.

Diagram kedua pula menunjukkan prototaip model tersebut. Dapat dilihat bahawa segala telah disambungkan dengan sempurna, pengusaha hanya perlu melihat skrin telefon bimbit atau komputernya untuk menjalankan pengurusan tanpa perlu menghadirkan diri ke kebun. Sistem ini boleh digunakan juga dalam penanaman cili, hidroponik dan tanaman tomato. Namun, sistem tersebut adalah dibangunkan untuk penanaman rock melon.

Diagram ketiga adalah mengenai setting sistem ini di laman web. Pengusaha boleh membuat pelarasan ke atas setting tersebut. Kesemua setting ini adalah berkenaan dengan bacaan yang disampaikan oleh keempat-empat pengesan itu seperti kelembapan tanah, kelembapan udara dan sebagainya.

Diagram keempat menunjukkan pengusaha boleh melihat malah mengurus keadaan di kebun melalui telefon bimbit. Diagram kelima menunjukkan sistem tersebut pada skala yang lebih sempurna, ia mencatatkan segala penggunaan input pertanian, masa dan tempohnya di kebun. Diagram keenam ialah satu sampel maklumat yang disampaikan oleh salah satu pengesan. Daripadanya, kita dapat tahu betapa halusnya pengesan tersebut bertindak dan berfungsi. Akhir sekali, diagram ketujuh menunjukkan maklumat mengenai kutipan hasil rock melon di kebun yang memperlihatkan berat purata buah adalah 1.5kg serta setiap pokok menghasilkan dua biji buah. Para penyelidik sistem ini percaya teknologi ini akan menjadi popular dalam masa beberapa tahun lagi.

 

Bahan rujukan :

Hazilah Mad Kaidi et al., ‘Internet of Things: A Monitoring and Control System for rock melon Farming’, International Journal of Integrated Engineering vol. 12 no. 6(2020) 55-61.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :