Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Tanaman koko dan kopi sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai naungan dari pancaran cahaya matahari. Tanaman sawit berumur 7 tahun akan memberi kadar naungan yang munasabah kepada koko. Aapabila tanaman sawit semakin besar, kadar nauangan tersebut semakin tinggi. Pada masa ini, pokok sawit boleh dipangkas agar penindihan daun tidak berlaku. Sparnaaij (1957) dari Ivory Coast pernah melaporkan integrasi sawit dengan koko mencatatkan hasil sawit lebih tinggi sebanyak 8% jika berbanding dengan plot tanaman sawit secara tunggal.
Terdapat 3 cara bagi menguruskan ladang integrasi tersebut (diagram 1). Kaedah pertama (X) menanam sawit pada jarak 9.1m dengan corak segi tiga manakala koko ditanam pada jarak 1.6m secara segi empat, dengan ini satu hektar dapat memuatkan 80 pokok sawit dan 1,595 pokok koko. Kaedah kedua (Y) ialah pada setiap barisan ketiga, koko ditanam bagi menggantikan sawit. Dengan cara ini, sebanyak 83 pokok sawit dan 1,688 pokok koko dapat ditanam dalam sehektar. Kaedah ketiga (Z) pula menanam koko di antara setiap barisan sawit. Dalam kaedah ini, jarak sawit ialah 9.1m bercorak segi tiga manakala koko bercorak segi empat.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Hasil kajian ini mendapati hasil koko dan sawit yang menerapkan kaedah ketiga (Z) lebih baik daripada kaedah X dan Y. Tambahan, hasil koko di bawah integrasi dengan sawit memberi hasil lebih tinggi berbanding penanaman koko secata tanaman tunggal. Lagipun, eksperimen penanaman ini tidak menggunakan baja untuk tanaman koko, namun koko tetap memberi hasil yang lumayan ekoran koko diyakini telah memperolehi nutrien bersama dalam setiap baris sawit.
Tanaman sawit matang juga boleh diintegrasikan dengan tanaman koko. Di kawasa Ghana, Afrika, kajian telah menunjukkan sawit berumut 18 tahun dengan tiga jarak 8.7m, 9.9m dan 10.5m masing-masing yang diintegrasikan dengan koko berjarak 2.4m tetap melestarikan tumbesaran tanaman koko terutama sawit berjarak 9.9m dan 10.5m yang memberi ruang lebih besar sehingga hampir tidak mendatangkan sebarang kerosakan kepada tanaman koko dalm kutipan hasil buah sawit yang dipotong.
Kajian oleh FELDA mengenai perkara ini juga menunjukkan kebolehlangsungan kaedah integrasi ini, iaitu menggunakan kaedah penanaman ketiga (Z) dengan menanam 3 pokok koko dalam setiap barisan sawit. Kaedah ini akan menghasilkan 88% jumlah hasil sawit yang ditanam secara tunggal dan 55% hasil koko yang ditanam secara tunggal. Langkah integrasi ini amat bermanfaat kepada penanam sawit terutama semasa harga sawit di aras rendah bagi menyeimbangkan pendapatan masing-masing.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com