Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Malaysia (MAFI) Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran nanas sehingga 700,000 tan setahun menjalang 2025. Semasa Expo Dubai 2020 lalu yang turut disertai MAFI, terdapat hasrat dari negara Jerman berkehendakkan nanas dari Malaysia pada kuantiti yang besar tetapi Malaysia menolaknya akibat bekalan tidak mencukupi.
“Buat sementara waktu ini kami hanya mampu mengeksport 30% pengeluaran nanas manakala 70% adalah untuk permintaan domestik. Untuk merealisasikan 700,000 tan setahun, 20,000 ha penanaman diperlukan. Dengan adanya komitmen daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), dijangka sasaran ini akan ditepati kerana LPNM berhasrat meningkatkan sejumlah 20,000 ha tanaman nanas serta kerja susulan telah pun diambil.” Beliau berkata demikian.
Sambungnya, eksport nanas tahun lalu mencatatkan RM1.1 bilion berbanding RM642 juta pada tahun sebelumnya. Trend tersebut menunjukkan peningkatan sejak tahun 2016. Negara China dan Timur Tengah juga mempunyai permintaan tinggi terhadap nanas Malaysia khasnya MD2 serta varieti N36 dan Josapine. Bagaimanapun, import terbesar masih datang dari Singapura yang mencatatkan 66% keseluruhan eksport nanas Malaysia.
Sehubungan itu, pada EXPO MAHA 2022, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara LPNM dan Pusaka Food Industry Sdn Bhd dari Sarawak untuk mengukuhkan kerjasama dalam perluasan kawasan penanaman nanas dan bidang pembangunan usahawan produk berasaskan produk tanaman nanas. Inilah satu kerjasama strategik yang memperlihatkan syarikat pertama dari Sarawak bekerjasama dengan LPNM dalam memajukan bidang penanaman nanas secara komersial di Sarawak.
Dalam projek ini, di peringkat awal, seramai 126 orang peserta akan menerima 3 ekar tanah setiap orang bagi membangunkan pertanian projek pertanian komuniti tanaman nanas di Tanjung Manis. Sasarannya ialah menanam 2,000 ha tanaman nanas. Kebanyakan peserta merupakan petani dari penduduk setempat.
Pembinaan infrastruktur amat penting dalam projek ini kerana kawasan terlibat merupakan kawasan paya yang mana pengurusan air adalah salah satu aspek penting. Keseluruhannya, Datuk Seri berkata, LPNM akan memberi bantuan termasuk khidmat nasihat teknikal untuk menjana golongan usahawan setempat yang mahir dalam pengurusan pertanian di Sarawak. Hasrat optimum untuk pembangunan tanaman nanas seluas 20,000 ha di Sarawak dijangka akan tercapai berikutan masa sekiranya projek permulaan ini mencapai sasaran. Pembangunan tanaman nanas di Sarawak juga bertujuan menandingi pengeluaran nanas terbesar dalam negara iaitu negeri Johor khasnya Sarawak mempunyai bank tanah yang besar termasuk tanah gambut.