Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Pertumbuhan pokok yang tidak normal serta berpelepah menegak merupakan simptom kegagalan pokok sawit. Pokok seumpama ini bersaiz lebih kerdil daripada pokok di sekitaran. Daun pokok pada mulanya menampil warna kuning atau oren kemudian menukar ke warna oren cerah atau warna gangsa. Daun tersebut akan layu dan gugur, dan meninggalkan pelepah kosong tanpa daun. Batang pokok juga menirus ke atas dan pengembangan akar amat lambat. Warna akarnya berwarna ungu gelap menandakan akar tidak sihat.
Pokok gagal biasanya berlaku ke atas pokok yang berumur di antara 2 – 4 tahun. Namun, pokok lebih besar juga berpotensi menghadapi masalah ini. Di Zaire, Afrika serta beberapa kawasan Afrika Barat, gejala ini lebih biasa ditemui. Di Malaysia dan Colombia, masalah ini jarang berlaku justeru tidak mendatangkan kerugian ekonomi yang signifikan.
Umumnya, pekebun tidak akan menebang pokok ini secara serta-merta, sebaliknya akan menunggu agar pokok akan sihat kembali. Kadang-kadang pokok akan sembuh menandakan bukan gejala pokok gagal tetapi mungkin disebabkan oleh kekurangan nutrien. Jika selepas suatu jangka masa tertentu, pokok masih kerdil maka sudah tentu pokok itu hendaklah ditebang kerana tidak produktif.
Pokok gagal amnya berlaku secara tunggal. Justeru itu kerencatan tumbesaran yang berlaku kemungkinan besar disebabkan oleh masalah fisiologi pokok. Kegagalan pokok mungkin juga berlaku akibat penanaman pokok itu di atas tanah yang berstruktur keras di bahagian bawah. Keadaan ini akan menjejaskan pengembangan sistem akar dan menggagalkan pokok.
Dalam keadaan tertentu, misalnya kekurangan nutrien kalium, magnesium dan boron, tumbesaran pokok juga dilaporkan akan terjejas. Jika kekurangan ini tidak dirawati, lambat-laun pokok akan gagal membesar. Produktiviti pokok juga terganggu.
Kekurangan nutrien atau struktur tanah tidak sesuai untuk pertumbuhan pokok sama-sama akan mengakibatkan pokok gagal. Kedua-dua masalah ini akan menyebabkan kemerosotan sistem akar pokok malah meningkatkan kadar jangkitan penyakit. Apabila sistem akar sudah rosak, tumbesaran pokok akan terjejas.
Lazimnya, pokok yang menunjukkan gejala gagal susah untuk dipulihkan melalui pembajaan. Dos baja perlu ditokok dengan banyak tetapi tidak pasti dapat memulihkan pokok. Keadaan ini menyarankan pekebun lebih baik menebang pokok tersebut kemudian disulam dengan anak pokok berusia lanjutan. Pokok yang ditebang ini hendaklah digali kesemua sisa akar kemudian diracik dan disusun di perantaraan barisan pokok untuk direput.
Sumber maklumat :
P. D. Turner, Old palm diseases and disorders, Oxford University Press, 1981.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com