You are currently viewing Meningkatkan Pengurusan Air Dan Pengeluaran Hasil Kelapa

Meningkatkan Pengurusan Air Dan Pengeluaran Hasil Kelapa

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Pokok kelapa yang matang akan mula berbunga dan berbuah. Dengan mengambil baka kelapa tinggi sebagai contoh, setiap bulan sepohon pokok akan menghasilkan satu tandan kelapa. Inilah salah satu ciri kelapa tinggi yang banyak berhasil. Di peringkat matang juga, buah kelapa mengambil masa 5 bulan untuk berkembung dengan air kelapa dalam proses pembesaran buah dan jika pengurusan air tidak sepadan dengan keperluan air, maka tentu akan menjejaskan proses pembesaran buah.

Satu contoh mengenai kepentingan pengurusan air terhadap tanaman kelapa boleh diperhatikan di Kerala dan Karnataka, India yang menghasilkan separuh daripada keseluruhan jumlah kelapa India tetepai hasil itu adalah lebih rendah daripada purata hasil di negara itu. Salah satu punca yang mengakibatkan masalah itu ialah kekurangan air. Mengikut kajian, Jika pokok kelapa mengalami kekurangan air sehingg separuh daripada keperluan normal, maka pokok akan mengalami stres yang serius sehingga stomata daun meningkatkan rintangan ke tahap 111%, kadar sejatan menurun 10%, kadar kandungan air dalam daun menurun 68% dan pengeluaran jirim kering pokok merosot 22%. Akibat akhirnya ialah tumbesaran dan pengeluaran hasil buah kelapa terjejas.

Kaedah-kaedah ini pernah dihuraikan sebelum ini tetapi untuk tanaman kelapa sawit. Walaupun tanaman adalah berlainan, namun kaedah pemeliharaan kelembapan tanah adalah sama. Umpamanya menanam tumbuhan kekacang penutup bumi selepas anak benih kelapa ditanam, di kawasan beralun pula disediakan teres atau tapak kuda atau membuat takungan kelodak bagi memerangkap atau melambatkan pengaliran air hujan. Kolam kelodak malah boleh dimasukkan dengan kulit kelapa atau abu tempurung kelapa yang mampu menampung 10 kali ganda berat air. Namun begitu, takungan kelodak yang dimasukkan dengan abu tempurung kelapa atau kulit kelapa mungkin menjadi tapak pembiakan kumbang tetapi masalah ini boleh diatasi dengan tokokan biopestisid bagi mengawal kedatangan kumbang.

Das et al (1991) pernah melaporkan bahawa dengan menyungkup bulatan merumput di bawah pokok dengan kulit kelapa telah meningkatkan hasil buah kelapa sehingga 50%. Kesan penyungkupan ini membawa kebaikan selama 6 tahun. Selain pemeliharaan kelembapan tanah, ia turut memelihara baja yang ditaburkan.

Pemasangan sistem pengairan adalah kaedah terbaik dalam pengurusan kelembapan tanah tetapi kos yang lebih mahal menjadi kelemahan sistem ini. Lagipun, stomata daun pokok akan menutup menutup mengikut kelembapan udara tetapi bukan kelembapan tanah, apabila stomata menutup, kadar fotosintesis akan menurun dan mengganggu tumbesaran pokok. Walaupun begitu, kelebihan sistem pengairan tentu mendahului kelemahannya. Untuk memasang sistem pengairan di ladang kelapa, sumber air boleh diperolehi dari mana-mana sumber sama ada air kolam, air bawah tanah ataupun air parit. Tidak kira menggunakan pam air atau tidak, asalkan dapat menyalurkan air ke bawah pokok sudah memadai. Oleh itu, pembangunan sistem peparit amat penting dalam penyediaan tanah untuk menanam kelapa.

Dalam sistem pengairan, PVC yang digunakan hendaklah dipasang ke dalam tanah untuk mengelakkan daripada gigitan binatang liar. Di Ivory Coast, PVC berketumpatan tinggi dalam sistem pengairan yang dipasang pernah dirosakkan oleh tikus Gambian merupakan satu peringatan bahawa paip dalam sistem pengairan sama ada renjisan atau titisan hendak ditetapkan dalam tanah.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Jika menggunakan pengairan titisan, maka memasang empat kepala titisan di bawah setiap pokok sudah memadai untuk mendapat kesan yang baik. Selain dapat menjimat air, sistem pengairan titisan juga dapat menyalurkan air sekali dengan baja larutan. Oleh kerana sistem ini tidak menyembur air ke kawasan sekeliling, maka pertumbuhan rumpai juga kurang justeru dapat menjimat kos merumput. Menutur kajian, setiap pokok yang dibekalkan dengan 30 liter air titisan memberi kesan pengeluaran hasil yang paling optimum.

Sistem pengairan titisan bukan tanpa kelemahan yang wujud kerana bekalan air titisan juga meningkatkan resapan nutrien dalam tanah. Oleh yang demikian, penggunaan sistem ini hendaklah diiringi dengan bekalan baja yang lebih banyak untuk menampung pengeluaran hasil buah yang lebih tinggi di samping menokok tambah baja yang larut resap. Sebab itulah maka pemasangan sistem pengairan titisan hendak juga dilengkapi dengan keupayaan pengurusan yang setimpal. Menurut Bhaskaran dan Leela (1978), kelapa berhasil tinggi kurang respon terhadap pengairan manakala kelapa berhasil rendah lebih menunjukkan kesan pembaikan. Dengan erti kata lain di kawasan kelapa berhasil tinggi, keperluan pengairan mungkin rendah malah tidak diperlukan langsung kerana sausana penanaman yang sememangnya cukup dengan air oleh tanaman kelapa berhasil tinggi. Keadaan ini juga berkaitan dengan sistem akar kelapa berhasil tinggi yang lebih kuat justeru dapat merintangi stres kekurangan air dengan lebih baik. Namun, kelapa hibrid dan kelapa rendah memiliki daya rintangan yang lebih rendah terhadap stres air dan justeru itu perlu dibekalkan air secukupnya bagi menampung hasil yang lebih tinggi.

Kebaikan pembekalan air kepada tanaman kelapa akan memulihkan gejala kekuranga air seperti masalah buah gugur pra-matang dan pelepah melendut. Satu tahun kemudian, pokok kelapa yang mendapat air secukupnya akan pulih pengeluaran hasil ke tahap normal. Laporan pernah menunjukkan di Benin, baka kelapa hibrid PB 121 yang sudah mendapat bekalan air berjaya meningkatkan penghasilan kopra daripada 1.3 tan kepada 5.5 tan/ha. Di Kerala India pula, baka kelapa West Coast Tall yang mendapat bekalan air berjaya menghasilkan 180 biji kelapa per pokok. Jika satu hektar ditanami 170 pokok, maka jumlah pengeluaran hasil ialah 30,600 biji iaitu lebih tinggi daripada kelapa Matag di Malaysia yang setakat menghasilkan 25,000 biji per pokok.


Akhir kata, pembekalan air kepada tanaman kelapa akan memperbaiki keadaan kekurangan air yang dialami sebelumnya. Namun, pemulihan secara ketara akan mengambil masa 2 tahun. Ini kerana buah kelapa dari peringkat tunas bunga permlaan sehingga buah matang mengambil masa 3.5 tahun. Selepas mendapat air, tunas bunga ini akan mula berkembang sehingga menjadi putik buah. Proses ini mengambil masa 2.5 tahun. Daripada peringkat putik buah sehingga buah matang pula mengambil masa satu tahun. Oleh yng demikian, penjagaan pokok kelapa di peringkat belum matang khususnya pengurusan air amat penting untuk mendapat hasil yang lumayan menjelang kematangan pokok.

 

Sumber maklumat :

J.G. Ohler, “Cultural Practices”, Modern Coconut Cultivation, editors Johan G. Chler, Intermediate Technology Publication Ltd, UK, 1999, hal. 197-224.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :