You are currently viewing Kaedah Membaja Tanaman Sawit Di tanah Gambut Mendalam Di Kawasan Bertaburan Hujan Tinggi

Kaedah Membaja Tanaman Sawit Di tanah Gambut Mendalam Di Kawasan Bertaburan Hujan Tinggi

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Amalan pembajaan di tanah gambut khasnya tanah gambut mendalam agak mencabar apa lagi tanah gambut tersebut berada di kawasan bertaburan hujan tinggi. Umumnya apabila tanah gambut mencecah sedalam 3 meter maka ia dikategorikan sebagai tanah gambut mendalam. Penggunaan tanah pinggiran atau tanah bermasalah ini kini menjadi kebiasaan kerana tanah mineral untuk tanaman sawit sudah amat terhad. Penggunaan tanah gambut untuk bertanam memang lebih sukar berbanding tanah biasa kerana struktur tanahnya lembut dan mudah tenggelam menyebabkan operasi ladang menjadi sukar. Tambahan tahap nutrien di dalam jenis tanah ini juga berbeza dengan tanah biasa. Umumnya tanah gambut lebih lemah dalam kandungan kalium, zink dan kuprum. Apakah kaedah yang lebih baik untuk membaja tanaman sawit di tanah gambut mendalam?

DI Sibu, Sarawak terdapat satu kawasan bertaburan hujan tinggi (3500mm/tahun) serta bertanah gambut mendalam. Kawasan tersebut sudah digunakan untuk penanaman sawit. Kajian berikut lantaran itu dijalankan untuk meninjau cara pembajaan terbaik untuk jenis tanah dan keadaan cuaca ini.

Memang tidak sukar untuk membayangkan bahawa kadar larut resap atas jenis tanah ini amnya lebih tinggi dan sering mengakibatkan pembaziran baja. Oleh itu ada peladang akan memasukkan baja ke dalam beg kecil yang sudah ditebuk lubang sebagai langkah melambatkan rembesan baja. Ada yang akan menggunakan baja rembesan perlahan terkawal (controlled slow release) menggantikan baja kimia biasa.

Pada bulan Jun 2002, kajian tersebut dimulakan di situ dengan beberapa kaedah rawatan pembajaan. Pertama: menggunakan 4 jenama baja rembesan terkawal yang dijual di pasaran, kedua menggunakan kaedah taburan baja kimia dan ketiga menggunakan beg kecil kemudian memasukkan baja urea dan MOP ke dalamnya. Satu kaedah kawalan yang tidak merawat dengan sebarang baja juga dimasukkan ke dalam kajian ini sebagai perbandingan keberkesanan. Kajian dijalankan ke atas tanaman sawit dalam tempoh tahun pertama selepas ditanam serta ke atas tanaman sawit yang baru matang.

Eksperimen Tahun Pertama Tanaman Sawit

Plot yang menggunakan 4 jenis baja rembesan terkawal masing-masing dimasukkan ke dalam lubang tanaman semasa menanam. Plot yang menggunakan baja yang dibungkus di dalam beg berlubang pula ditaburkan di bawah pokok selepas 1 bulan ditanam. Bagi plot taburan baja kimia, ia ditabur di bawah pokok sebanyak 4 kali setahun. Setiap plot sama-sama diberikan 500 g fosforus, 100 g kuprum dan 100 g zink serta tanah dikapuri sebanyak 2 kali. 6 dan 9 bulan selepas rawatan, penilaian keberkesanan dijalankan.

 

Eksperimen Ke atas Tanaman Sawit Baru Matang

Kesemua kaedah pembajaan di sini masing-masing merangkumi penaburan baja kimia, menanam baja urea dan MOP ke dalam 3 lubang di bawah pokok, penggunaan baja urea dan MOP yang diisi ke dalam beg kecil berlubang serta menanam baja rembesan terkawal.

 

Hasil Kajian

Hasil kajian bagi tanaman sawit tahun pertama menunjukkan kesemua plot tidak menunjukkan perbezaan ketara. Keadaan ini menyatakan semua kaedah membawa kesan setimpal dengan 4 kali pembajaan setahun dengan menabur baja kimia. Manjit et al (2000) juga pernah melaporkan hasil kajian yang sama.

Bagi tanaman sawit matang, didapati pengeluaran hasil untuk 12 bulan pertama bagi plot pembajaan secara menabur baja kimia di atas tanah serta membungkus baja ke dalam beg berlubang memberi kesan lebih baik daripada plot yang membabitkan kaedah pembajaan lain. Pokok secara purata menunjukkan berat buah tandan yang lebih tinggi. Lagipun, baja dalam beg kecil berlubang didapati bertahan selama 5 – 6 bulan dan masih ada 10% sisa baja di dalamnya.

Keadaan sedemikian membolehkan kita membuat kesimpulan bahawa membaja dengan memasukkan baja ke dalam beg kecil berlubang membawa kesan paling optimum. Baja seumpama ini amnya dari gred biasa dan justeru itu harganya lebih murah daripada baja rembesan terkawal. Di sini, baja rembesan terkawal juga menunjukkan kesan yang baik tetapi harganya mungkin lebih mahal justeru memakan belanjaan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, kedua-dua kaedah ini mempunyai kelebihan dari segi menjimat pusingan membaja dalam setahun kerana hanya perlu dilakukan 1 – 2 kali setahun berbanding membaja dengan penaburan baja kimia yang memerlukan sebanyak 4 pusingan setahun.

Dari segi pertumbuhan vegetatif, membaja dengan baja dalam beg kecil berlubang adalah bersamaan dengan penaburan baja kimia di atas permukaan tanah tetapi lebih menjimat tenaga buruh ekoran pusingan membaja yang lebih menjimat.

 

Bahan rujukan :

Lim Kim Huan et al., ‘Trial on fertilizer protection under high rainfall conditions’, PIPOC 2003, MPOB.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :