You are currently viewing Proses Pemulihan Tanah Di ladang Sawit Melalui Pengapuran

Proses Pemulihan Tanah Di ladang Sawit Melalui Pengapuran

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Pengapuran merupakan satu teknik yang murah, mudah serta berkesan dalam menangani pelbagai masalah berbangkit daripada tanah. Amalan ini dipercayai akan diberi perhatian lebih berat di masa kini akibat perubahan cuaca global yang turut membabitkan perubahan tanah dari segi tekstur, sifat fizik, kimia dan biologinya. Tanah akan menjadi lebih masam dalam keadaan ini. Tanah masam tidak mendatangkan sebarang kebaikan terhadap tanaman sawit, malahan akan menyekat pengambilan sesetengah nutrien oleh tanaman. Beberapa proses penting mengenai pengapuran diturunkan berikut :

1. Peneutralan Tanah Masam

Tanah masam bagaikan penyakit kronik manusia, walaupun tanaman amya tidak mati ekoran kemasaman tanah, namun ia mempengaruhi banyak aspek tanaman seperti penurunan daya rintangan penyakit, daya pengambilan nutrien, aktiviti mikroorganisma tanah, pengembangan akar, kesediaan nutrien dan kadar fotosintesis tanaman.

Kemasaman tanah disebabkan oleh dua faktor utama, pertama, faktor semula jadi seperti air hujan, larut resap nutrien dan penguraian bahan organik dalam tanah. Keduanya ialah penggunaan input berlebihan seperti aplikasi baja khususnya baja nitrogen. Bagi menyelesaikan masalah ini, peladang amnya menggunakan bahan kapur seperti dolomite dan GML. Bahan kapur ini mesti mampu bertindak balas dengan ion hidrogen baru boleh meneutralkan tanah.

Nilai pH di ladang sawit Malaysia amnya berada di sekitar 4.3. Jika nilai ini dapat ditingkatkan ke nilai 5, maka akan mampu mengurangkan kebolehtukaran ion aluminium supaya memperbaiki tumbesaran dan pengeluaran hasil sawit.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

2. Tanah Masam Mengganggu Aktiviti Mikroorganisma Tanah

Aktiviti mikroorganisma tanah amnya boleh diambil kira sebagai indeks kesihatan tanah kerana ia merupakan elemen kedua besar dalam pengaruhnya terhadap tanaman. Sudah diakuri dalam banyak kajian bahawa mikrob bermanfaat dalam tanah seperti agen pengurai P dan penetap nitrogen serta kulat arbuskular mikoriza hanya akan hidup dengan baik sekiranya tanah tersebut kurang masam. Tanah kekurangan mikrob bermanfaat ini akan mengalami peningkatan penyakit yang disebabkan oleh mikrob berbahaya.

Oleh yang demikian, kemasaman tanah hendaklah dijaga supaya tidak terlalu masam kerana daya rintangan penyakit akan merosot akibat kekurangan mikorb bermanfaat ini. Pada hakikat, hampir kesemua jenis tanah memerlukan mikrob bermanfaat ini demi melestarikan pertumbuhan dan pengeluaran hasil tanaman.

3. Pengapuran Memperbaiki Sifat Fizikal Tanah

Tekstur tanah memberi impaks besar terhadap prestasi tanah. Khususnya tanah di kawasan tropika yang banyak komponen ferum, aluminium oksida dan kaolinit di dalamnya, keadaan ini menyebabkan ion positif boleh tukar berada di aras rendah sehingga sederhana. Oleh yang demikian, tanah tropika amnya memerlukan pengapuran pada kadar lebih banyak bagi memperbaiki tekstrur tanah. Jika tanah tersebut mengandungi ion positif Ca2+, Mg2+ dan K+ yang tinggi, tanah tersebut amnya lebuh subur justeru pengapuran boleh dikurangkan. Begitulah sebaliknya.

Tanah yang tinggi dengan kandungan bahan organik juga boleh dikurangkan kadar pengapuran. Ini termasuk tanah yang tinggi kandungan asid humik. Pengapuran akan menyebabkan tekstur tanah berubah. Umpamanya kalsium dalam batu kapur berdaya menjalinkan butiran tanah supaya berpadu. Dalam keadaan ini, kadar larut resap nutrien dapat dikurangkan. Tanaman sawit akan tumbuh dengan lebih baik di tanah yang kurang menghadapi kadar larut resap yang tinggi. Nutrien tetap sedia ada untuk pengambilannya. Batu kapur juga meningkatkan aktiviti cacing tanah. Cacing tanah yang banyak akan menggemburkan tanah dan meningkatkan prestasi tanaman sawit.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :