You are currently viewing Peningkatan Hasil Sawit Tidak Bergantung Pada Nitrogen

Peningkatan Hasil Sawit Tidak Bergantung Pada Nitrogen

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

MPOB pernah menjalankan eksperimen ke atas pengeluaran hasil sawit. Hasil eksperimen itu menunjukkan aplikasi ammonium sulfat (sumber N) tidak meningkatkan pengeluaran hasil secara ketara. Ini kerana bilangan serta berat buah tandan tidak meningkat dengan signifikan selepas aplikasi N tersebut. Sebaliknya, aplikasi fosforus (P) berjaya meningkatkan bilangan dan berat buah tandan dan selanjut hasilnya. Aplikasi serbuk fosforus (sumber P) pada kadar 3kg/pokok/tahun secara berterusan berjaya meningkatkan 18.7% hasil buah sawit atau bersamaan 2.14 tan/ha/tahun. Penemuan ini diperolehi melalui perbandingan pokok yang tidak diaplikasi serbuk fosforus.

Jika kadar serbuk fosforus itu dipertingkatkan lagi ke aras 6kg/pokok/tahun, hasil sawit terus meningkat 11.38% lagi atau 1.9 tan/ha/tahun. Dalam pada itu, aplikasi MOP (sumber K) pula meningkatkan bilangan buah tandan. Didapati kesan aplikasi K pada kadar 6kg/pokok/tahun mendatangkan hasil lebih rendah sebanyak 7% (0.94 tan/ha/tahun) berbanding aplikasi 3kg/pokok/tahun. Eksperimen ini mengambil masa 10 tahun dan melibatkan perbelanjaan RM79.000 (kos kajian BD1-2.5.5, Laporan Tahunan MPOB 2010, hal. 95).

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Perbincangan

Kenapa aplikasi N kurang memberi kesan terhadap peningkatan hasil sawit ?

Menurut sumber, kesan N lebih ketara di sisi pengeluaran pelepah, batang pokok serta bunga jantan pokok sawit. Umpamanya satu hektar pokok sawit (148 pokok) mengandungi sejumlah 67.2kg N di bahagian pelepah dan daunnya, manakala bunga jantannya mengandungi 11.2kg N. Dari sini, jelas kelihatan N lebih penting di bahagian tersebut. Tambahan, pembentukan klorofil dalam daun pokok sawit juga melibatkan N. Justeru itu, peranan N terhadap pokok sawit adalah lebih pada aspek pertumbuhan vegetatif. Apabila kadar tumbesaran tersebut sudah meningkat menandakan pokok sudah subur, ia selanjutnya mendatangkan hasil yang lebih tinggi. Dengan kata lain, bukan kata N tidak penting di sisi ini, tetapi hubungannya dengan peningkatan sawit adalah berlaku secara tidak langsung.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com