You are currently viewing Masalah Fisiologi Durian Berlaku Oleh sebab Faktor Cuaca, Nutrien Dan Bekalan Air Tidak Seimbang

Masalah Fisiologi Durian Berlaku Oleh sebab Faktor Cuaca, Nutrien Dan Bekalan Air Tidak Seimbang

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Masalah fisiologi yang umum bagi durian ialah isi buah berair serta isi separa atau tidak masak. Asal-usul masalah ini masih kurang jelas setakat ini tetapi dipercayai berkaitan dengan aspek cuaca yang tidak menentu, nutrien serta kelembapan tanah yang kurang seimbang. Sesetengah pekebun berkata di musim kutipan hasil, jika hujan tiba, akan menyebabkan isi buah berair dan basah. Kenyataan ini jelas mengaitkan isu ini dengan perubahan cuaca.

Isi buah separa atau langsung tidak masak dilaporkan berlaku akibat proses respirasi isi buah sudah tersekat. Dalam proses tersebut, isi buah umumnya akan mengambil masuk oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida. Apabila berdepan dengan suasana mengejut yang turut mengganggu proses tersebut, maka akan menyebabkan masalah fisiologi durian itu berlaku.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Ketidakseimbangan nutrien juga salah satu faktor berlakunya masalah fisiologi durian. Menurut sumber, isi buah durian akan masak dengan sempurna sekiranya bekalan nutrien adalah cukup serta seimbang. Pembajaan seumpama ini perlu dijalankan sepanjang masa supaya pengambilan nutrien oleh buah durian berlaku sepanjang masa. Sebagai contoh, unsur kalium sangat penting untuk pembesaran buah serta peningkatan kualiti isi buah. Pada masa sama, N, P, Mg, S dan nutrien surih juga perlu diberikan pada kadar yang bersesuaian. Apabila isi buah menerima nutrien yang cukup, peluang bagi isi buah menjadi separa masak atau tidak masak langsung akan berkurangan ke tahap minimum.

Bekalan air bersama bekalan nutrien adalah sama-sama penting bagi tanaman durian. Bekalan air di sini termasuklah pembangunan sistem peparitan di kebun untuk menyalur keluar air berlebihan semasa musim hujan atau mengekal kelembapan tanah semasa musim kering. Keadaan ini dapat memastikan tanaman durian sentiasa mendapat kelembapan yang cukup dan seterusnya menurunkan kadar berlakunya masalah fisiologi terhadap isi buah.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :