Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Durian belanda (Annona muricata) adalah daripada famili Annonaceae yang mengandungi 20 genus dan lebih 2,000 spesies. Genus Annona mempunyai beberapa spesies sahaja yang buahnya boleh dimakan. Spesies yang telah dibawa masuk ke Malaysia dari Amerika Tengah (tempat berasal) ialah durian belanda A. muricata, nona serikaya (A. squamosa) dan nona kapri (A. reticulata).
Pokok durian belanda mencapai ketinggian di antara 5 – 8 m. Dahannya banyak dan bentuk konopi adalah lebar. Cantasan boleh dijalankan bagi mengawal ketinggian pokok serta menggalak tumbesaran yang lebih canggih serta berhasil tinggi. Bunganya wujud sepanjang tahun dan terbentuk di semua bahagian termasuk dahan, batang atau di hujung tangkai. Bunga durian belanda bersifat hermafrodit iaitu organ jantan dan betina wujud pada kuntum bunga yang sama.
Seperti tumbuhan buah-buahan lain, anak benih durian belanda juga dibiak melalui cantuman baji, cantuman baji sisi dan cantuman mata tunas. Selepas 3 – 6 bulan cantuman dilakukan, pokok yang berjaya dicantumkan boleh dipindah tanam ke ladang.
Bentuk muka bumi tidak begitu penting untuk tanaman ini. Namun kecerunan di antara 0 – 15 darjah adalah paling sesuai. Tanah yang sedalam 1 meter, peroi serta bersaliran baik adalah optimum bagi pertumbuhannya. Tanaman ini hidup baik jika pH tanah berada di sekitar 5.0 – 6.5 tetapi hendaklah mengelak daripada tanah yang berisiko menakung air kerana tanaman ini peka serta tidak dapat hidup dalam keadaan tersebut.
Cuaca ekstrim umpamanya kering terlalu lama atau taburan hujan yang tinggi akan mengganggu pertumbuhan serta pengeluaran hasil. Durian belanda mempunyai beberapa klon yang terbahagi kepada jenis manis, masam manis dan jenis masam. Malaysia telah membawa masuk tiga jenis klon manis masam iaitu DB 1, DB 2 dan DB 3. Klon ini akan mula mengeluarkan hasil buah selepas 3 – 4 tahun ditanam.
Apabila anak benih cantuman sudah mencapai ketinggian 1 kaki atau lebih, ia sesuai dipindah tanam di ladang. Semua tanaman buah-buahan digalakkan untuk ditanam semasa permulaan musim hujan untuk meningkatkan kadar hidup. Jarak tanaman diberikan 6 m x 6 m dengan kepadatan 260 – 278 pokok sehektar. Lubang tanaman disyorkan pada 60 cm x 60 cm x 60 cm. Anak benih mungkin akan mati dalam suasana terlalu panas. Justeru itu musim hujan dipilih untuk mengelakkan kejadian anak benih mati.
Sebelum anak benih dipindah tanam di ladang, elok menjalankan pelasakan 1 – 2 minggu ke atasnya bagi membiasakan tanaman terhadap suasana sebenar di ladang. Pemasangan sistem pengairan adalah digalakkan supaya anak benih tidak akan berdepan dengan tegasan air semasa musim kering yang berpanjangan.
Di peringkat anak benih, umpamanya tahun pertama dan kedua ditanam, baja seimbang 15/15/15 perlu diberikan 3 kali setahun pada kadar 0.3 kg/pokok/kali. Terdahulu, baja organik dalam bentuk tahi ayam/ lembu/POME (sisa buangan kilang sawit) dicampurkan ke dalam tanah lubang tanaman pada kadar 5 – 10 kg bersama 150 g CIRP.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Apabila pokok berumur 3 tahun dan ke atas, baja 12/12/17/2 diberikan pada 3 kali setahun dengan kadar 0.4 1.5 kg/pokok/kali iaitu peningkatan kadar baja mengikut tahun. Semasa di ladang, pokok perlu dicantas dari semasa ke semasa bagi membentuk pokok yang seimbang, canggih, berhasil tinggi serta mengurangkan gangguan penyakit dan serangga perosak. Peredaran udara serta kemasukan cahaya matahari ke pokok adalah penting.
Masalah utama bagi tanaman durian belanda ialah kadar pendebungaan yang kurang memuaskan ekoran bunga tidak mengeluarkan manisan serta warnanya tidak menarik terhadap serangga yang bertindak sebagai agen pendebunga. Hasil buah yang rendah serta bentuk buah juga kurang canggih adalah sebab-musabab ketidaksempurnaan proses pendebungaan. Sebab lain ialah stigma pada bunga betina mengembang lebih awal daripada pengeluaran debunga. Akibatnya ialah masa reseptif optimum bagi stigma sudah terlepas apabila debunga baru dikeluarkan dalam bunga. Keadaan ini menerangkan kenapa buah durian belanda sering berbentuk tidak simetri serta tidak seragam sebagai akibat persenyawaan yang kurang sempurna. Buah yang terbentuk melalui pendebungaan terbuka umumnya tidak melebihi 5%. Justeru itu, pendebungaan berbantu dapat meningkatkan kadar pendebungaan melalui cara manual oleh pekerja ladang.
Pendebungaan berbantu tidak rumit dilakukan. Caranya ialah mengumpul debunga daripada kuntum bunga yang matang ke dalam bekas dengan mengoncang bunga yang mempunyai debunga matang. Bunga yang mempunyai stigma reseptif berwarna kekuningan dan kelopak bunga telah terbuka sedikit. Dengan menggunakan berus halus, debunga disapukan pada stigma tersebut. Pada keadaan cuaca baik serta kelembapan optimum, hampir 30 – 40% bunga akan terbentuk menjadi putik.
Proses pendebungaan berbantu ini akan menghasilkan bentuk buah yang simetri serta seragam. Oleh kerana bunga bagi tanaman ini wujud sepanjang tahun, maka buah boleh diperolehi apabila dikehendaki melalui pendebungaan berbantu ini. Bermula dari peringkat putik, buah akan matang dalam masa 12 minggu atau lebih selepas itu.
Buah untuk kegunaan segar boleh dipetik apabila mencapai umur 12 – 13 minggu dikira dari peringkat berputik. Pada masa ini, buah berwarna hijau pucat, berkilat dan duri-durinya sudah menjadi lembut. Untuk kegunaan prosesan, buah 75% masak dipetik. Ketika ini warna buah adalah hijau muda, muda, sedikit kekuningan serta berkilat dan padat.
Anggaran hasil durian belanda ditunjukkan di jadual 1 berikut :
Â
Sumber maklumat :
M. Z. Mohd Khalid et al., (Penyunting), Penanaman Durian Belanda, MARDI, 1993.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336