Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Kumbang pendebungaan Elaeidobius kaerunicus merupakan serangga yang amat penting kepada tanaman kelapa sawit kerana kecekapannya menjalankan pendebungaan. Pada tahun 1981, serangga spesis ini dibawa masuk ke Malaysia oleh Syed dan pada bulan Februari 1981, ia dilepaskan ke dalam dua buah ladang sawit di Malaysia setelah diluluskan oleh Jabatan Pertanian.
Bermula dari masa itu, E. kaerunicus membiak pada kadar yang cepat dan populasinya semakin bertambah. Kemampuannya menjalankan pendebungaan telah membawa nafas baru di bidang penanaman sawit melalui peningkatan hasil sawit dengan ketara. Pendebungaan yang lebih sempurna akan mendorong pembentukan set buah yang lebih banyak serta memupuk pembentukan set buah yang mempunyai isirung. Ekorannya, berat buah tandan segar akan meningkat. Sumbangan E. kaerunicus telah meningkatkan hasil sawit sebanyak 12%.
Pendebungaan Sawit Oleh Kumbang
Pada dahulu iaitu tahun 30-an dan 40- an, angin dianggap sebagai media pendebungaan pokok kelapa sawit. Sehingga tahun 70-an, kajian dan penelitian oleh Syed telah menafikan anggapan tersebut dan mengesyorkan serangga adalah agen utama dalam kegiatan pendebungaan pokok sawit. Walaupun terdapat serangga lain yang boleh menjalankan pendebungaan tersebut tetapi kecekapannya kurang memuaskan. Umpamanya, sebelum penemuan kewibawaan kumbang E. kaerunicus di aspek pendebungaan, serangga pendebungaan di ladang sawit Malaysia terdiri daripada serangga Thrips hamaiiensis dan sejenis rama-rama (moth) bernama Pyroderces sp. Kedua-dua serangga ini kelihatan kurang cekap dan kurang sesuai dalam habitat tanaman sawit.
Kumbang E. kaerunicus yang berasal dari Afrika wujud sebagai satu-satu serangga yang hanya dapat menyempurnakan kitaran hidupnya pada pokok sawit Elaeis guinensis. la suka pada bunga jantan pokok kelapa sawit kerana bahagian lembut bunga dan debunga merupakan sumber makanan utamanya. Penampilan serangga ini pada bunga betina adalah disebabkan oleh bau bunga betina seakan sama bau bunga jantan. Namun, masa hinggapan tersebut agak singkat, barangkali disedari itu bukan bunga jantan sebenarnya. Debunga yang dibawanya daripada bunga jantan melekati bunga betina dan menjayakan proses persenyawaan.
Kehadiran E. kaerunicus Amat Penting
Oleh sebab itu, kewujudan kumbang E. kaerunicus di ladang sawit adalah satu fenomena yang perlu diawasi dari semasa ke semasa supaya populasinya tidak menurun. Pemerhatian ke atas perkembangan musuhnya juga harus dijalankan agar tidak menjejaskan kesejahteraan habitat kumbang tersebut.

Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Menurut kajian ke atas enam kawasan di semenanjung Malaysia yang telah dijalankan oleh MPOB, didapati populasi kumbang E. kaerunicus adalah pada tahap yang memuaskan manakala kewujudan nematod parasitik betina adalah di bawah 5% serta tidak menjejaskan populasi kumbang dan set buah. Populasi nematod yang rendah tidak menggugat kelangsungan hidup kumbang E. kaerunicus di ladang sawit. Pada amnya, kehadiran nematod adalah lebih rendah pada musim panas jika dibandingkan dengan musim lembab yang lebih digemarinya.
Kajian berkenaan di MPOB Lahad Datu mendapati setiap anak spika dihinggapi oleh 12 – 45 ekor kumbang dewasa E. kaerunicus, iaitu pada anggaran sebanyak 1,745 – 22,104 ekor/ha. Jika dipuratakan, maka setiap bunga betina yang sedang mengorak/berkembang akan dikunjungi oleh 174 – 2,210 ekor kumbang dan berupaya menghasilkan set buah sebanyak 70.2%.
Kajian di Ladang Trusan, Lawas pula memberi keputusan mengenai kunjungan purata kumbang antara 18 – 35 ekor per anak spika, iaitu setiap bunga betina akan dihinggapi oleh 181 – 1,939 ekor kumbang dewasa secara purata pada bunga betina dengan kemampuan membentuk set buah antara 66.4% – 73%.
Secara amnya, populasi kumbang E. kaerunicus pada 20,000 ekor/ha akan membentuk hasil sawit yang baik. Sekiranya populasi adalah kurang daripada 700 ekor pada setiap bunga betina, hasil buah sawit akan kurang memuaskan.
Rujukan / Sumber Maklumat :
1. Laporan Tahunan 2010 MPOB.
2. R. H. V. Corley and P. B. Tinker, The Oil Palm, Blackwell Science Ltd, 2003.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com