Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Serangga perosak sering menyerang ladang sawit sehingga racun serangga kimia terpaksa digunakan untuk mengawalinya. Namun, racun kimia yang amnya berkesan dengan kadar yang cepat juga membawa kesan negatif terhadap pengguna, serangga bermanfaat serta alam
sekitar.
Sebagai perbandingan, cypermetherin yang merupakan racun serangga kimia telah digunakan dalam satu kajian untuk membandingkan dengan racun biopestisid berasaskan kulat Bacilius thuringiensis ke atas kesan negatifnya terhadap kumbang pendebunga sawit iaitu Elaeidobius kamerunicus yang merupakan serangga bermanfaat paling penting di ladang sawit. Kesan negatif tersebut dinilai dari segi kadar kematian ke atas E. Kamerunicus selepas semburan.
Hasil kajian menunjukkan selepas satu hari semburan cypermethrin dilakukan, kematian E. Kamerunicus adalah 100% dan keadaan ini tetap begitu tinggi pada hari ketiga selepas semburan (diagram 1). 5-7 selepas semburan, kadar kematian serangga pendebunga ini masih kekal 100% (diagram 2).
Sebaliknya semburan menggunakan biopestisid berasaskan Bacillius thuringiensis hanya menyebabkan kadar kematian di bawah 10%, lantaran itu ia telah dikategorikan sebagai racun yang kurang bertoksik serta kurang membawa kesan negatif terhadap serangga bermanfaat.
Cypermethrin biasanya digunakan untuk mengawal ulat pemakan daun serta ulat bungkus di ladang sawit. Kesan penghapusannya melibatkan serangga bermanfaat dan keadaan ini amat mengecewakan. E. Kamerunicus adalah sejenis serangga bermanfaat kerana kesan pendebungaan akan meningkat dengan kehadirannya di ladang. Serangga ini mengambil debunga sawit sebagai bahan makanan. Oleh kerana bau mayang jantan dan mayang betina hampir serupa, secara langsung ia juga menghinggap pada mayang betina dan menyempurnakan proses pendebungaan. Selepas semburan cypermethrin digunakan, populasinya akan berkurangan dan ini bermakna kesan pendebungaan akan terjejas dan selanjutnya menurunkan hasil buah sawit.
Penghapusan serangga bermanfaat sekali gus melalui sermburan cypermethrin juga menyebabkan serangan susulan serangga perosak yang tidak mati dalam semburan pertama itu menjadi lebih berleluasa kerana ketiadaan serangga yang wujud sebagai musuh semula jadi kepada serangga perosak tersebut. Keadaan ini biasa dilihat di kawasan selepas semburan dengan racun serangga kimia mengalami serangan kembali dengan kadar yang lebih cepat lagi. Oleh yang demikian, penggunaan racun serangga kimia hendaklah dijalankan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan kehidupan serangga bermanfaat yang memainkan peranan penting dalam kelestarian industri sawit.
Sumber maklumat :
Mohd Najib Ahmad et al., “Effect of Bacillius thuringiensis, Terakil-1 on Elaeidobius kamerunicus and Beneficial Incests as Compared to Cypermethrin”, PIPOC 2007, Vol. 2, hal. 720-728.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd