You are currently viewing Kesan Aplikasi Kulat Arbuskular Mikoriza (AMF) Terhadap Tumbesaran Tanaman Durian

Kesan Aplikasi Kulat Arbuskular Mikoriza (AMF) Terhadap Tumbesaran Tanaman Durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Banyak kajian telah menunjukkan kulat arbuskular mikoriza(AMF) dalam tanah mendatangkan banyak kebaikan terhadap tanaman. Kebaikan tersebut wujud daripada sudut tumbesaran dan pengeluaran hasil, malahan kualiti hasil juga turut dimanfaatkan. Di negara Thailand, perkara ini telah diuji di ladang durian yang terletak di kawasan Chanthaburi. Dalam eksperimen itu, AMF telah diinokulasikan (dijangkiti) ke atas sistem akar tanaman durian dan data eksperimen dikumpul selepas 30 bulan inokulasi tersebut untuk meninjau kesan tumbesaran pokok serta beberapa aspek lain.

Hasil eksperimen itu menunjukkan bahawa aplikasi AMF telah meningkatkan ketinggian pokok sebanyak 25.39% manakala garis pusat batang pokok meningkat 18.90% berbanding plot kawalan yang tidak diaplikasi dengan AMF.

Keadaan ini menyatakan AMF mampu meningkatkan prestasi tumbesaran tanaman durian melalui peningkatan kecekapan pengambilan nutrien dalam tanah dengan adanya corak arbuskul yang terbentuk pada sistem akarnya. Arbuskul ini adalah jaringan hifa AMF yang dapat membantu sistem akar pokok dalam penyerapan nutrien dengan lebih cekap dan selanjutnya meningkatkan tumbesaran pokok. Justeru itu, teknologi aplikasi AMF telah diterapkan ke dalam program penanaman durian di negara itu kerana ia berfungsi sebagai biobaja yang mampan dan mesra alam.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

 

Sumber maklumat :

Supaporn Thamsurakul et al., “Mycorrhiza fungi as biofertilizer for fruit tree production in Thailand”, International workshop on sustained management of the soil-rhizosphere system for efficient crop production and fertilizer use, 2006.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com