Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Bentuk buah bagi D165 menyerupai hor lor atau labu. la pernah menjadi juara pada tahun 1987 dalam satu pertandingan durian. Nama pemenang adalah orang sama iaitu Encik Lee Toh Sem yang menjadi juara melalui penggunaan durian 604 dalam pertandingan. Durian D165 juga dikenali sebagai Green Skin 15, Chaer Phoy atau Cheh Chee. Musimnya wujud di pertengahan musim buah durian.
Mengimbas ke asal-usul durian ini, kononnya pokok induk varieti ini adalah berasal dari durian Chanee, iaitu satu varieti yang berasal di Thailand. Pada masa itu, varieti ini lebih dikenali sebagai D15. Atas sebab ini, keturunan durian ini juga digelar sebagai Green Skin 15. kejadian ini sudah menjadi sejarah sejak 45 tahun lalu. Durian ini kemudian dibawa tanam di daerah Titu Serong berdekatan Empangan Ayer Hitam di Pulau Pinang. Hari ini, durian Green Skin 15 menjadi varieti yang popular di daerah itu.
Walaupun Green Skin 15 dikatakan berasal dari durian Chanee, tetapi persamaan di antara kedua-duanya agak sedikit. Salah satu tip boleh digunakan untuk menjalin hubungannya dengan Chanee ialah durinya yang agak besar serta 4 hala. Ini salah ciri yang jarang-jarang terdapat dalam durian Pulau Pinang. Duri yang besar ini juga membezakannya daripada durian Hor Lor.
Isi bagi durian ini berwarna kuning cetek. Bahagian buah yang menghentak ke permukaan tanah semasa gugur berwarna lebih cetek lagi. Isinya sangat lazat kerana bertekstur halus, lembut dan tebal. Cara terbaik untuk menghayati buah ini ialah dengan menyedut isinya ke dalam mulut dan merasai barunya secara perlahan-lahan.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Mutu Green Skin 15 dianggap sangat tinggi walaupun warna isi buah kurang menarik. Daya tarikannya wujud di sisi penampilan isi yang sangat halus dan mudah tergelincir ke dalam kerongkong semasa menikmatinya. Karekter buah ini sudah berlainan daripada induknya (Chanee) dari Thailand selepas berpuluh-puluh tahun ditanam di suasana sekitaran yang berbeza. Jelas kelihatan persembahan mutu durian secara umumnya adalah berkaitan dengan suasana penanaman masng-masing khasnya penanaman di kawasan berbukit di Pulau Pinang yang cenderung membentuk baka yang lebih bermutu.
Bahan rujukan :
Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide to Penang, 2018.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd