Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Kelembutan tanah gambut salah satu masalah kritikal dihadapi oleh penanam sawit. Tahap kelembutan itu bergantung kepada ketebalan tanah gambut serta keadaan biojisim di dalam termasuk paras air bawah tanah. Tanah gambut juga akan tenggelam berikutan pengoksidaan bahan biojisim di dalam tanah gambut. Semasa pembinaan sistem saliran di tanah gambut, tanah biasanya akan tenggelam ke aras lebih rendah daripada permukaan. Di saat ini penanam hendaklah memadatkan tanah jika ingin menanam sawit. Selepas itu, langkah mesti diambil supaya tanah tidak terus tenggelam.
Pemadatan tanah gambut justeru itu menjadi amalan wajib untuk pembangunan tanah menjadi ladang sawit. Kebiasaan 15cm tanah gambut di permukaan hendaklah dipadatkan supaya mengelakkan 98% tanaman sawit tumbuh menyerong pada 19 tahun selepas ditanam. Selepas pemadatan, hanya 30% kadar penyerongan berlaku ke atas 77.2% pokok. Pemadatan tanah gambut juga meningkatkan keberkesanan pembajaan, kalau tidak, baja mudah larut resap dalam tanah yang longgar dan lembut.
Pemadatan tanah juga mencegah peningkatan air bawah tanah. Jika tidak dipadatkan, kebakaran mudah berlaku. Bahan sumber menunjukkan setelah tanah dipadatkan, serangan anai-anai ke atas tanaman sawit hanya pada kadar 0.83% berbanding dengan tanah tidak dipadatkan pada kadar 2.17%. Pemadatan tanah dengan satu pusingan mampu menurunkan kadar serangan anai-anai daripada aras 14.6% kepada 4.2%.
Perkara sama penting juga berlaku ke atas tumbesaran dan pengeluaran hasil sawit yang lebih baik selepas pemadatan tanah. Hasil kajian telah menunjukkan peningkatan hasil sawit sebanyak 6.47% bagi pokok yang ditanam selepas 16 tahun. Kajian di Teluk Intan, Perak malah menampilkan kesan lebih baik lagi iaitu peningkatan hasil sawit 30.57% pada tahun kutipan hasil pertama. Secara purata, hasil sawit boleh ditingkatkan 16.65% setahun dalam kutipan hasil 3 tahun pertama. Kesan ini diperolehi melalui satu pusingan memadat tanah sahaja.
Situasi tanah gambut di Negeri Sarawak hanya memerlukan satu pusingan memadat tanah kerana taburan hujan yang agak tinggi di negeri itu. Kajian sebelumnya pernah mencatatkan hasil sawit meningkat daripada 21.7 tan kepada 27.6 tan/ha/tahun bagi tanaman sawit yang ditanam pada tahun 1980.
Untuk kawasan penanaman konvesional yang tidak akan menggunakan mekanisasi dalam operasi ladang mereka, maka sebelum pemadatan bermula, penggarisan barisan tanaman dan lorong menuai hendaklah dibuat dahulu. Segala tunggul pokok, sisa kayuan dan batu-bata mesti dibersihkan sebelum pemadatan dijalankan. Traktor kemudian mula memadat tanah selebar 9.5m – 11.5m sehingga tanah tenggelam 40 – 50cm. Lorong penuaian pula dipadatkan selebar 3.6m sebanyak 2 pusingan manakala tanah bagi baris penanaman tidak perlu dipadatkan. Bagaimanapun, kaedah dan ukuran pemadatan tanah dipercayai berlainan di antara jenis dan ketebalan tanah gambut.
Sumber maklumat :
Mohd Tayeb Dolmat, Technologies for Planting Oil Palm on Peat, MPOB, 2005, pp. 34-40.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com