Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Pertanian dikategorikan sebagai bidang sains memang ada logiknya. Semua kehidupan dan tumbuhan wujud mengikut tataterbit tertentu. Corak tersebut dapat dirungkai di bidang sains mengikut kaedah saintifik. Kita hanya perlu melihat aspek keperluan nutrien oleh tumbuhan, misalnya tumbuhan tertentu perlu berapa kadar nutrien untuk tumbuh dengan baik serta memberi hasil yang memuaskan. Perkara ini amnya diperolehi melalui analisis daun. Melalui kaedah ini keperluan nutrien tumbuhan dapat ditentukan. Dengan kata lain, tahap nutrien yang optimum untuk suatu tanaman di peringkat pembuahan juga boleh diketahui melalui analisis daun.
Sehubungan itu, kesan saling memanfaat atau menentang di antara satu nutrien dengan nutrien lain juga wujud secara tersirat dalam sains pertanian. Oleh yang demikian, aplikasi baja amnya perlu diberikan dengan seimbang bagi mengelak gejala saling menentang di antara satu nutrien dengan yang lain.
Di Filipina, antara Ogos 2005 hingga Nov 2006, satu eksperimen untuk meninjauan kandungan nutrien nitrogen (N) terhadap hasil tanaman durian telah dijalankan. Kawasan kajian itu mem- punyai taburan hujan tahunan mencukupi dan sifat tanah di situ juga baik. Oleh kerana nutrien N sering dianggap bukan nutrien utama dalam pengeluaran hasil justeru menjadikan eksperimen ini lebih bermakna lagi. Pendek kata, adakah hasil durian berkaitan dengan aplikasi N ?
Eksperimen ini menggunakan 24 pokok durian Chanee berumur 15 tahun. Segala prosedur dalam eksperimen ini adalah mengikut kaedah standard. Semua plot rawatan mencubai 6 kadar baja urea (46-0-0) yang merupakan sumber N termasuk plot kawalan (tiada pemberian baja N). Pokok diberikan 50% urea selepas kutipan hasil, dan 25% urea di peringkat pembungaan serta 25% urea di peringkat pembentukan putik buah. Kadar rawatan urea diringkaskan seperti berikut :
N0 – 0.00kg
N1 – 2.84kg
N2 – 4.26kg
N3 – 5.71kg
N4 – 7.13kg
N5 – 8.54kg
P205 (sumber P) dan K20 (sumber K) pula masing-masing diberikan pada kadar 2.31kg dan 2.74kg/pokok. Sampel daun dikutip setiap dua bulan untuk analisis kandungan N.
Hasil eksperimen ini menunjukkan semua plot rawatan di atas tidak menunjukkan kesan ketara terhadap pengeluaran hasil durian. Namun, hasil tertinggi masih diperolehi dari- pada rawatan N4 mencatatkan 211.6kg/pokok. Aplikasi dos N di rawatan N5 walaupun di aras tertinggi, tetapi hasil durian pula menurun ke separuh daripada hasil dalam rawatan N4. Rawatan N0 – N4 memperlihatkan trend hasil meningkat kemudian menurun di rawatan N5. Keadaan ini menyatakan kesan negatif telah berlaku apbila kadar N berlebihan diberikan. Maka di sini, kadar urea N4 atau 7.13kg menepati pengeluaran hasil optimum.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Dari segi lain, semua rawatan juga tidak menunjukkan kesan ketara dalam aspek bilan- gan buah dan berat buah/pokok. Walaupun begitu, rawatan N2 mempunyai prestasi lebih baik sedikit di sisi ini mencatatkan 3.13kg/buah. Pada rawatan N0, seperti dijangkakan, hanya memperolehi buah paling kecil (2.59kg). Hasil tertinggi adalah dari rawatan N4 manakala hasil terendah diperolehi dari rawatan N0 dan N5.
Seperti dikatakan tadi, hasil terbaik datang dari rawatan N4 (211.6kg) dan pada ketika itu, kandungan N berada di aras 2.32% serta wujud di peringkat pembungaan pokok. Rawatan N0 menerima hasil terendah (104.82kg/pokok). Keadaan ini menyatakan plot yang telah menerima N memperolehi hasil lebih tinggi berbanding plot tidak diberikan N. Kandungan N di dalam daun juga lebih tinggi selepas dibekal N.
Dalam eksperimen ini juga, didapati hubungan terbaik di antara hasil optimum dan kandungan N telah diperolehi semasa musim pembungaan pokok. Keadaan ini memberi implikasi persampelan daun elok diambil di peringkatv masa ini untuk analisis N dalam daun. Untuk memperinci lebih lanjut, aplikasi N di musim pembungaan didapati masih sempat untuk memupuk kadar pembuahan yang baik. Keadaan seumpama ini pernah berlaku terhadap tanaman pisang, nanas dan mangga yang sama-sama mendapat manfaat pembajaan foliar di peringkat pembungaan untuk memeprolehi kadar buah yang baik.
Bagaimanapun, aplikasi N secara tidak berlebihan adalah amalan baik demi mengelak pertumbuhan vegetaif menjadi terlalu aktif sehingga menyebabkan kadar guguran buah yang lebih tinggi. Kandungan N dalam daun yang tinggi tidak semestinya menandakan pengeluran hasil juga tinggi. Umpamanya kandungan N dalam rawatan N5 adalah paling tinggi (2.48%) tetapi hasilnya lebih rendah hampir separuh berbanding N4. Kandungan N paling optimum ialah di antara 2.22% 2.35%. Daripada sini, maka jelas bahawa aplikasi N selepas musim pembungaan hendaklah dilakukan secara munasabah, jika berlebihan akan mengurangkan hasil malahan juga pembaziran N.
N umumnya penting dalam petumbuhan vegetatif pokok. Kandungan N dalam daun akan meningkat mengikut kadar diaplikasikan. Selepas peringkat pertumbuhan ini, pokok akan masuk ke peringkat pembuahan. Di peringkat ini, dos aplikasi N tidak menunjukkan kesan ketara dalam kandungan N di dalam daun. Dengan kata lain, kandungan N dalam daun tidaklah tinggi semasa pembuahan dan keadaan ini boleh dikatakan permintaan N oleh pokok di peringkat masa ini tidaklah tinggi.
Sumber maklumat :
Rossana T. Pinduma et al., ‘Relationship between leaf nitrogen concentration and fruit yield of durian (Durio zibethinus Murr.), Phillipine Journal of Crop Science, April, 2009.