You are currently viewing Varieti Padi Terkini Di Malaysia Semakin Berhasil Tinggi

Varieti Padi Terkini Di Malaysia Semakin Berhasil Tinggi

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Dua varieti padi baru telah diperkenalkan oleh MARDI pada tahun lalu iaitu MR 315 (Seri Waja) dan MRQ 104 (Kembang Sari). Varieti padi baru ini dilaporkan mampu menjana hasil sehingga 9 tan/hektar- satu aras baru bagi potensi tanaman padi terkini. Kajian kedua-dua varieti ini sehingga ke tahap pengomersialan pada hari ini mengambil masa selama 10 – 12 tahun. Antara ciri-ciri varieti baru ini ialah ia lebih tahan terhadap serangan penyakit selain juga lebih sesuai untuk penanaman dalam keadaan cuaca di Malaysia.

Setakat ini, Malaysia masih perlu mengimport 30% beras dari luar negara. Dengan adanya varieti padi berhasil tinggi, dijangka senario masa hadapan akan bertambah baik kerana penanaman varieti padi baru dipercayai akan membanyakkan hasil dan seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap beras import. Namun begitu, ujian kedua-dua varieti ini di peringkat akhir masih dijalankan di sawah padi bagi memastikan ia betul-betul berpotensi sebagaimana fakta yang sudah diperolehi dalam eksperimen sebelum itu.

Menurut sumber, setiap perkenalan varieti baru hendak menyediakan peruntukan RM5 juta dalam sepanjang kajiannya. Varieti MR 315 selain tahan terhadap penyakit hawar seludang, ia turut menampilkan daya rintangan yang baik terhadap penyakit karah tangkai dan karah daun.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Bagi varieti MRQ 104 pula, ia sebenarnya sejenis padi wangi justeru bertujuan memperluaskan pilihan pengguna tempatan terhadap beras wangi. Sama seperti MR 315, varieti padi ini turut memiliki ciri-ciri merintang penyakit karah tangkai dan daun selain juga hawar daun bakteria, hawar seludang, benah perang dan penyakit merah virus.

Sehubungan itu, pada tahun ini, satu varieti padi baru yang diberikan nama IS22 juga akan dihasilkan. Kajian ke atas varieti baru ini adalah dijalankan oleh Agensi Nuklear Malaysia serta mendapat kerjasama daripada UKM, UPM dan Universiti Teknologi Mara. Di samping itu, kerjasama juga diperolehi daripada Badan Tenaga Atom Antarabangsa dan Agensi Tenaga Atom Jepun.

Padi IS22 merupakan kacukan yang terhasil daripada kacukan balik (backcross) antara padi IS21 dengan varieti yang tahan banjir serta matang awal. Justeru itu, padi IS22 adalah varieti padi yang tahan terhadap keadaan banjir. Satu varieti padi tahan terhadap kemarau juga dijalankan dengan menggunakan padi tradisional wangi hitam melalui aruhan mutasi menggunakan ion khidmat sinaran yang diperolehi daripada bidang sains. Bagaimanapun, kesemua kajian tersebut ini masih di peringkat kajian serta memerlukan dana kajian disuntikkan sebelum hasil kajian tersebut dapat direalisasikan.

Segala ini merupakan penyelidikan dan pembangunan varieti yang sekiranya berjaya akan memanfaatkan para petani dalam peningkatan pendapatan mereka serta juga kepada pengguna kerana mempunyai pilihan lebih luas terhadap beras.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :