You are currently viewing Bancian Ke atas Peserta Skim TSSPK Mengenai Jangkitan Penyakit Ganoderma

Bancian Ke atas Peserta Skim TSSPK Mengenai Jangkitan Penyakit Ganoderma

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Satu banci telah dijalankan oleh MPOB ke atas peserta Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) melibatkan pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tujuan utama banci ini dibuat ialah untuk mengetahui status terkini mengenai jangkitan penyakit Ganoderma yang melandai sektor pekebun kecil sawit di Malaysia. Seramai 10,292 pekebun merangkumi keluasan 37,359.81 hektar telah memberi maklum balas dalam bancian ini.

Hasil banci ini menunjukkan 3450.70 ha (9.2%) telah terlibat dalam jangkitan penyakit ini. Negeri Johor mendahului semua negeri kerana membabitkan kejadian kes Ganoderma pada keluasan terbesar 1032.97 ha (487 pekebun) dikuti Sabah pada keluasan 930.85 ha (252 pekebun) dan Perak

718.49 ha (410 pekebun). Daerah Kluang dan Segamat, Johor mencatatkan kejadian tertinggi, masing-masing mencatatkan 333.48 ha (62.94%) melibatkan 175 pekebun dan 290.77 ha (50.55%) melibatkan 125 pekebun. Di negeri Perak pula, daerah Hilir Perak 350.97 ha (55.43%), Manjung 267.84 ha (64.32%) melaporkan kes kejadian. Di Sabah, Lahad Datu pula terlibat secara menonjol dengan kejadian penyakit ini melibatkan 307.70 ha (54.5%).

Keseriusan penyakit ini juga dikenal pasti iaitu kes sangat serius merangkumi lebih 45%, serius 31 45%, sederhana serius 16 – 30% dan ringan (kurang daripada 15%). Kejadian didapati berlaku di tanah pedalaman pada kadar 8.72% bersamaan 1449.29 ha kemudian diikuti kawasan pesisir pantai 1266.41 ha (14.0%), tanah gambut 703.94 ha (6.08%) dan tanah laterik 31.06 (27.7%).

Jangkitan penyakit Ganoderma kebiasaannya berlaku di tanah pesisir pantai. Kejadian boleh meningkat ke aras 85% terutama di kawasan tanam semula dalam tempoh 25 tahun tanpa sebarang langkah pencegahan diambil. Turner (1965) dan Pilotti (2005) sudah menjelaskan sebelumnya bahawa kejadian cenderung berlaku di atas tanah yang sebelumnya sudah dijangkiti penyakit ini khususnya apabila tunggul pokok tua tidak dibersihkan semasa tanam semula. Anak benih yang ditanami selepas 12 – 24 bulan itu akan menunjukkan gejala serangan penyakit selepas itu. Pokok muda umumnya mati pada 6 – 12 bulan selepas serangan. Pokok matang pula mati selepas 1 – 2 tahun diserang.

Bekas tanah untuk tanaman kelapa menyebabkan kes kejadian penyakit yang tinggi. Menurut sumber, 15 tahun selepas ditanami sawit, 51% pokok mungkin akan dijangkiti Ganoderma. Bagaimanapun, penanaman semula di bekas tanah getah melaporkan kes kejadian yang rendah. Begitu juga tanah bekas hutan kerana kedua-dua tempat ini tidak banyak mengandungi kulat G. boninense iaitu penyebab penyakit ini.

Penyakit Ganoderma didapati tidak menyerang pokok kelapa tetapi hanya menumpang hidup dalam sisa akar mati tanaman ini. Apabila tanaman sawit kemudian ditanamkan, ia akan menyerang sistem akar sawit.

Memandangkan kejadian penyakit Ganoderma agak tinggi pada masa ini, maka langkah kawalan hendaklah diambil untuk mencegah penyebaran. Langkah-langkah seperti sanitasi kebun, cara penanaman semula yang betul, aplikasi baja yang mengandungi mikrob untuk menentangnya serta kaedah rawatan dengan racun kimia, adalah antara amalan pencegahan yang sudah disyorkan oleh MPOB untuk menangani isu ini.

 

Sumber maklumat :

Mohd Shukri Ibrahim et al., “Surveillance of Ganoderma disease in oil palm planted by participants of the smallholders replanting incentive scheme in Malaysia”, Journal of Oil Palm Research, Vol. 32 (2), 2020.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 0082
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :