You are currently viewing Durian Kapri Berkualiti Dan Unggul Seperti Mutiara Putih

Durian Kapri Berkualiti Dan Unggul Seperti Mutiara Putih

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my

Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Rakyat Malaysia rata-rata lebih gemar terhadap durian berisi kuning emas berbanding yang berisi krim putih. Keadaan ini menyebabkan durian seumpama ini dipinggiri serta diabaikan oleh mereka. Durian Kapri ialah satu contoh yang isinya berwarna krim putih. Dilihat dari luaran, ia langsung tidak memburu selera, adakah perkara ini benar?

Durian Kapri biasa dijumpai di Pulau Pinang kerana ia berasal di bahagian selatan negeri tersebut. Nama berasal bagi varieti ini dipercayai berpunca dari bentuk buah yang serupa coupling dalam bahasa Inggeris. Kalau bukan kerana isi buahnya memikat hati, varieti ini mungkin sudah lenyap dalam arus perdana sejarah.

Sebab utama ia masih kekal sehingga kini kononnya ia membawa bau alkohol iaitu satu keunikan di dunia durian. Lagipun, durian berisi krim putih juga jarang-jarang dijumpai penggemar durian, malahan sesetengah orang mungkin sudah jemu dengan isi yang berwarna kuning emas, justeru kewujudan Kapri dapat mengisi kekosongan dalam sanubari mereka.

Dengan kata lain, Kapri masih wujud sehingga hari ini menyatakan kualiti dalamannya sudah memenangi kualiti luaran, iaitu isi berwarna krim putih mendapat penghayatan lebih tinggi daripada isi berwarna kuning emas. Pokok induk Kapri dikatakan tumbuh di Sungai Batu yang mana kebun tersebut adalah kepunyaan Encik Lee Hai Chan. Beliau membeli kebun tersebut pada tahun 1940 dan pokok induk Kapri pun sudah ada di situ. Pada tahun 1969, pokok induk itu mati dalam satu ribut. Seminggu sebelum pokok mati, ia berjaya dibiak secara cantuman serta ditanami di kebun kepunyaan seorang pekerjanya yang bernama Voon Kee Yong.

Encik Goh Ah Ba paling mengetahui mengenai cebisan sejarah ini kerana masa itu beliau kebetulan membeli sebuah kebun bersebelahan dengan kebun yang ditumbuhi pokok Kapri. Katanya, pada tahun 1969, pokok induk tersebut sudah setinggi melebihi 40 meter. Saiz batang pokok malah tidak habis dipeluk oleh tangan dua orang. Encik Voon dan Encik Goh masih mengekalkan varieti ini di kebun mereka sehingga sekarang. Pokok-pokok itu kini sudah berumur 40 – 50 tahun. Selain itu, susah lagi menemui orang yang menanam varieti ini ekoran warna isi buah yang terang-terang kurang menarik.

Durian Kapri diterjemah ke dalam bahasa Cina yang membawa maksud mutiara putih. Sebutan ini adalah lambang terhadap keunggulan warna durian ini serta cita rasanya yang juga pahit dan berperisa pekat. Justeru, penikmatan durian ini hendaklah didahului oleh varieti lain supaya kepekatan baunya tidak menutupi bau durian lain yang lebih ringan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Bentuk durian Kapri menyerupai buah labu berduri besar serta hujung buah dipenuhi satu corak bintang. Apabila membuka buahnya, dapat dilihat setiap pangsa adalah licin serta hanya terdiri daripada seulas dua isi. Oleh kerana pangsanya licin, maka semasa mengoncang buah yang baru gugur, boleh terasa sesuatu sedang bergerak di dalam buah.

Rasa pahit bukanlah ciri utama durian ini kerana rasa tersebut adalah dibawa keluar oleh rasa alkoholnya. Pada hakikat, isinya sangat manis serta padat, namun ia tidak tahan disimpan kerana isinya mudah berair. Kapri sehingga kini belum lagi didaftarkan dengan Jabatan Pertanian. Ia sesuai dinikmati secara perlahan-lahan yang akan membeliakkan mata pencuba apabila baunya terhambur di dalam mulut.

 

Bahan rujukan :

Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide to Penang, 2018.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com