You are currently viewing Kelebihan Dan kelemahan Aplikasi Baja N Terhadap Tanaman Kubis

Kelebihan Dan kelemahan Aplikasi Baja N Terhadap Tanaman Kubis

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Kubis bulat terbentuk melalui gulungan daun. Justeru itu ia merupakan sejenis sayuran daun. Sayuran daun mementingkan aplikasi nitrogen (N) kerana baja inilah yang akan meningkatkan pertumbuhan daun. Sungguhpun begitu, aplikasi baja P dan K tetap diperlukan pada kadar yang bersesuaian. Tanpa baja seimbang, tanaman tidak akan tumbuh dengan baik. Apabila N tidak mencukupi, warna daunnya menjadi hijau cetek dan tumbesaran terbantut, sebaliknya jika aplikasi N berlebihan, ia akan meningkatkan kandungan nitrate dalam tanah dan mencemarkan tanah.

Sejenis serangga yang dikenali sebagai diamondback moth atau nama saintifik Plutella xylostella (disingkatkan sebagai PX dalam artikel) merupakan perosak utama bagi tanaman kubis. Ulat kupu-kupu ini akan mengunyah permukaan daun dan menyebabkan lubang-lubang yang banyak. Kehadiran ulat pemakan daun ini berkaitan dengan dos aplikasi N di kebun.

Satu eksperimen mengenai perkara ini telah dimulakan. Kubis yang ditanam 2 minggu dan 4 minggu masing-masing disemburi baja foliar N pada kadar 50mg/liter, 100mg/liter, 150mg/liter, 200mg/liter dab 300mg/liter. Seperti dijangkakan, aplikasi N pada dos tertinggi menghasilkan akar pokok kubis yang paling panjang (27.97cm) serta paling berat. Pada minggu ke-12, panjang akar tersebut mencapai tahap optimum (36.98cm) berbanding rawatan lain dengan kadar N yang lebih rendah. Berat kering daun juga paling tinggi di plot rawatan N tertinggi serta kandungan N dalam daun juga di aras tertinggi.

Namun, kelebihan tumbesaran pokok ini turut membawa kesan negatif kerana kerosakan oleh ulat pemakan daun yang dilahirkan oleh kupu-kupu ini turut meningkat susulan aplikasi N yang tinggi. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan tumbesaran ulat yang lebih cepat serta mencapai tempoh matang dengan lebih awal. Hwang dan dan rakan-rakan (2008) pernah melapor ulat pemakan daun selepas memakan daun yang kaya dengan khasiat akan tumbuh dengan lebih cepat. Pendek kata, dos aplikasi N pada 200mg/liter dan 300mg/liter telah memendekkan tempoh pupa kupu-kupu ini daripada 3.78 hari kepada 2.4 hari. Hayat serangga PX ini juga didapati lebih panjang. Keseluruhannya, aplikasi N yang banyak akan memupuk populasi serangga perosak yang lebih tinggi kerana tempoh pembesaran serangga itu telah dipercepatkan. Ditambah hayat hidupnya yang lebih tinggi sekali gus membangkitkan kadar kerosakan yang lebih tinggi terhadap tanaman kubis. Justeru itu, aplikasi N untuk tanaman ini hendaklah mengikut kesesuaian supaya populasi serangga perosak dapat dikawal.

Sumber maklumat :

Fatimah S. M et al., “Effect of different nitrogen fertilization on cabbage (Brassica oleraceae) and development of diamondback moth (Plutella xylostella).

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :