You are currently viewing Ayam Kampung

Ayam Kampung

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Ayam kampung diternak di seluruh negara sejak zaman berzaman lagi. Pendek kata pada masa dahulu tidak lengkap jika sebuah keluarga kampung tidak memiliki sebilangan ayam kampung di sekeliling rumah. Kepentingannya lebih terasa semasa kehadiran tetamu atau kenduri-kendara. Hidangan istimewa yang disajikan tentulah ayam kampung peliharaan keluarga.

Semenjak merdeka, ayam kampung telah melalui banyak perubahan, baik dari segi rupa, prestasi atau cara pemeliharaan. Satu-satunya ciri yang kekal ialah pengiktirafan yang diberi kepada ayam tersebut sebagai komoditi yang berharga dan menjadi kesukaan ramai, khususnya untuk hidangan dan masakan istimewa. Sesuai dengan taraf penerimaannya yang tinggi di kalangan masyarakat, harga pasarannya jauh lebih tinggi daripada ayam pedaging biasa.

Takrifan ayam kampung kini berbeza-beza mengikut golongan pengguna. Ada pihak yang menganggap hanya ayam yang berkeliaran bebas di kampung-kampung yang terhindar daripada sebarang proses kacukan terancang dengan kumpulan ayam lain sebagai ayam kampung. Golongan lain pula menganggap semua jenis ayam kampung, sama ada tulen, dipilih atau kacukan sebagai ayam kampung. Wujud juga golongan ketiga yang mengiktiraf ayam pedaging berbulu perang juga sebagai ayam kampung selain kumpulan-kumpulan ayam kampung yang dinyatakan terdahulu.

Hakikatnya, kini masyarakat menerima ketiga-tiga jenis ayam ini sebagai ayam kampung dan ia diternak secara komersial dengan meluas. Antara ketiga-tiga kumpulan ini, ayam kampung kacukan dan terpilih merupakan golongan yang paling besar diikuti ayam berbulu perang. Manakala ayam kampung “tulen” mempunyai bilangan yang terkecil dan menyumbangkan kurang 1% daripada jumlah keseluruhan ayam kampung dipasaran.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Walaupun perbezaan ketara wujud dari segi sifat fizikal pada ketiga-tiga kumpulan ayam ini, kaedah penternakannya sebagai sumber daging dalam banyak keadaan adalah serupa.

 

Sumber maklumat :

MARDI

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my