Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Labu siam juga digelar sebagai timun sejuk oleh orang Melayu di Cameron Highlands, agaknya disebabkan oleh pertumbuhannya di kawasan beriklim sederhana antara suhu 18° – 24°C. Labu siam lazim dijumpai di lereng dan cerun bukit Cameron Highlands dan merupakan tumbuhan hidup sepanjang tahun dengan hayat melebihi 2 tahun. Di gerai dan pasar tani Cameron Highlands, labu siam dipapar untuk jualan, malah di pasaraya ia dilabelkan sebagai ‘English Gourd’ untuk dijual kepada pengguna.
Banyak kegunaan labu siam ini, selain digoreng, dimasak sebagai sayur air, sayur lemak putih untuk dimakan bersama nasi putih, ia boleh dibuat jeruk, halwa dan acar buah. Pucuk tumbuhan ini dikutip untuk digunakan dalam masakan. Dari segi khasiat, buah labu siam adalah kaya dengan vitamin C dan asid amino dan seperti pucuknya, sama-sama berfungsi merawat demam panas, tekanan darah tinggi dan melancarkan buangan air kecil. Ini termasuk air rendaman buah dan daunnya.
Nama saintifik Labu siam ialah Sechium edule (Jacq.) Swartz dari famili Cucurbitaceae dan merupakan spesis yang berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Akar pokok menunjang jauh ke dalam tanah dan memberi litupan yang baik kepada tanah khususnya di cerun bukit kerana pertumbuhan daun yang berlapis-lapis dapat melindungi tanah dengan berkesan. la tumbuh secara menjalar dan merupakan tanaman litup bumi yang dapat mengurangkan hakisan tanah di samping mengeluarkan buah untuk mendatangkan pendapatan sampingan.

Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Sumber Maklumat :
Aini Hayati Abd. Rahman, “Labu siam :Pulihara tanah dan jana pendapatan”, Agromedia, Bil. 33, 3/2010, MARDI.
PPP Agricare Sdn Bhd
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com