You are currently viewing Menanam Pisang Saba

Menanam Pisang Saba


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

Pisang saba juga dikenali pisang menurun di Sabah, atau pisang abu di sesetengah tempat di Malaysia. Umumnya, varieti ini dikenali sebagai pisang nipah sahaja yang mana buahnya digunakan untuk digoreng, dijadikan kuih ataupun kerepek. Ia memberi cita rasa manis-manis lemak ketika dalam bentuk kerepek dan amat digemari oleh orang ramai.

Kultivar ini tumbuh setinggi 7 – 8 meter dan merupakan jenis pisang yang bertubuh besar dengan berat setandan buah di antara 15-28 kg serta mengandungi 12-18 sisir buah setandan. Setip sisir pula mempunyai 12- 20 jejari pisang. Buahnya berwarna hijau ketika mentah dan menukar ke warna kuning apabila masak. Isi buah pula krim putih dan bertekstur halus. Kulit buah saba agak tebal tetapi mudah dikopek. Walaupun ia digunakan untuk tujuan mengoreng, namun ia juga boleh dimakan segar.


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

Tanaman pisang saba dibiak dengan sulur yang tumbuh di bahagian rumpun. Biasanya satu sulur dikekalkan untuk dijadikan ratun tetapi juga terdapat penanam yang mengekalkan beberapa sulur bersama kononnya untuk mendapat hasil yang lebih tinggi. Bagaimanapun, kaedah penanaman ini hendaklah diiringi dengan pembajaan yang cukup-cukup supaya tumbesaran dan pembuahan terus kekal normal.

Menurut sumber, anggaran kos pembangunan per hektar untuk tanaman ini ialah RM12,000 termasuk pembelian sulur untuk penanaman kali pertama. Setiap hektar memerlukan 1,100 pokok sulur. Di bawah amalan pertanian yang baik, satu hektar dapat memberi hasil sehingga 45 tan. Sekiranya satu kg pisang dijual pada harga kebun RM1.00, maka projek penanaman ini akan menjana pendapatan kasar RM45,000. Oleh yang demikian, kultivar pisang ini digalakkan untuk ditanam sama ada di Malaysia Timur atau Malaysia Barat kerana antara kelebihan pokok ini ialah ia senang ditanam serta mempunyai rintangan yang agak tinggi terhadap serangan penyakit.


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com