Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Avocado, sejenis tanaman tropika yang sesuai untuk ditanam di Malaysia. Khasiat bagi buah avocado sudah banyak dilaporkan dalam pelbagai media. la dianggap sebagai buah-buahan yang memberi khasiat secara keseluruhan kepada kesihatan manusia termasuk selamat diambil oleh wanita mengandung dan juga bayi.
Kelebihan avocado justeru itu meningkatkan popularitinya di kalangan penanam. Buat masa ini tiada penanaman avocado berskala besar di negara ini sebaliknya hanya terdiri daripada penanam skala kecil yang menggunakan baka dari Indonesia seperti Kendil dan Miki yang kononnya kurang disambut oleh cita rasa pengguna tempatan.
Baka avocado yang terkenal di masa kini ialah Hass, Pinkerton, Lamb Hass, Russel 034, Queen Den Jambo dan Booth 7. Ada tapak semaian tempatan yang kini sedang mengkormersialkan anak – nak benih ini. Di pasaran buah-buahan, avocado sudah mula dikenali ramai kerana ia sudah dijual di gerai – gerai buah-buahan di sekluruh negara. Sebiji avocado berharga runcit di antara RM3.00 – RM5.00. Harga ini agak tinggi. Bagaimanapun, buah-buahan ini jika dimakan sebiji sudah dapat memenuhi selera, justeru itu harga ini dianggap masih berbaloi apatah lagi ia kaya dengan khasiat. Buat masa ini negara kita mengimport avocado dari Australia (53.12%) dan selainnya diimport dari Afrika Selatan, New Zealand, Singapura, Amerika Syarikat, Kenya dan Mexico.
Avocado belum dikultur secara besar – besaran di negara kita dan keadaan ini bukan tanpa sebabnya. Di antara sebab ialah penanam tempatan masih was – was terhadap pasaran bagi tanaman ini yang dianggap belum terbuka sepenuhnya. Dengan ini mereka terpaksa berhati – hati dalam pemilihan jenis buah-buahan untuk ditanam. Tidak seperti jambu batu, betik, pisang atau mangga yang mana pasarannya sudah stabil untuk menampung segala penawaran yang ada di pasaran. Namun begitu, avocado dijangka berpotensi besar untuk meningkat sebagai buah-buahan penting di pasaran tidak lama lagi. Ini kerana import avocado di Malaysia pada tahun 2016 telah mencapai USD 7.50 juta, iaitu satu trend yang telah meningkat secara ketara sejak tahun 2012.
Dari segi penanaman, avocado boleh diusahakan sebagai tanaman tunggal atau tanaman selingan. Tanaman tunggal bagi tanaman ini jika menggunakan jarak 12 x 12 kaki maka satu ekar akan memuatkan 302 pokok. Jumlah pokok ini jelas kelihatan jauh lebih tinggi daripada tanaman durian yang setakat 35 pokok/ekar dengan jarak tanaman 35 x 35 kaki. Jika ditanam lebih padat, misalnya berjarak 10 x 10 kaki, jumlah pokok avocado seekar ialah 435 pokok. Banyak negara menanam avocado dengan kepadatan tinggi iaitu 7.5 x 7.5 kaki (774 pokok/ekar) malah 4 x 4 kaki (2,700 pokok/ekar).
Jika penanaman avocado dipilih secara diselingi dengan tanaman durian, maka sejumlah 24 pokok/ekar boleh ditanam ke dalam 35 pokok durian/ekar yang mengamalkan jarak 35 x 35 kaki untuk tanaman durian. Integrasi kedua – dua tanaman ini membawa manfaat terutama bagi menyeimbangkan pendapatan sekiranya harga mana – mana satu tanaman jatuh ke paras yang kurang menggalakkan.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Tidak kira avocado ditanam secara tunggal atau selingan, ia perlu diusahakan dengan baka secara campuran, umpamanya baka Hass 30%, Lamb Hass 30%, Pinkerton 10%, Russel 034 10%, Queen Den Jumbo 10% dan Booth 7 10% untuk tujuan pendebungaan yang sempurna. Kesemua baka ini berasal dari kaltivar katek dan amnya akan mula berbuah selepas 4 – 5 tahun ditanam. Ketinggian pokok juga dapat tercapai oleh tangan ditambah dengan langkah pangkasan pokok maka kerja kutipan hasil akan menjadi mudah nanti. Di Vietnam dan Thailand, kajian yang dijalankan di plot komersial menunjukkan baka Queen Den memberi purata hasil tahunan sehingga 1,100kg/pokok.
Musim pengeluaran buah avocado adalah berlainan mengikut kaltivar. Namun begitu, hasil akan meningkat mengikut umur pokok. Umpamanya, kaltivar Hass bermusim pada bulan Okt Dis dan pokok berumur 5 tahun akan memberi hasil 120 – 250 biji/pokok/tahun kemudian meningkat kepada 300 – 500 biji apabila pokok mencapai umur 8 tahun. Musim bagi baka Booth 7 ialah Sept – Dis, pokok 5 tahun memberi hasil 100 – 180 biji/pokok dan meningkat kepada 250 – 400 biji/pokok apabila mencapai umur 8 tahun.
Jika avocado ditanam sebanyak 500 pokok dalam keluasan lebih kurang 1.5 ekar secara bercampuran 6 baka seperti ditunjukkan di jadual berikut, pendapatan hasil pada tahun ke – 5 dan tahun ke – 8 masing – masing dapat dilihat di jadual 2 namun ini untuk rujukan am sahaja.
Sumber maklumat :
Veracado Avocado Malaysia, informasi portal.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com