Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Durian D164 yang juga dikenali sebagai Ang Bak/lsi Merah telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 1987. Pokok induk itu kepunyaan Teoh Eng Eng dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Justeru ia dianggap sebagai baka yang berasal dari negeri tersebut.
Jika melihat pada nama durian ini, didapati Kun Poh sebenarnya nama seorang guru besar bernama Liew Kun Poh yang telah membeli sebuah kebun yang merangkumi pokok induk asal Ang Bak pada tahun 1957. Encik Liew meninggal dunia pada tahun 1969 dan pokok induk tersebut mati 10 tahun kemudian. Namun, pelbagai varieti telah wujud dari pokok induk itu dan merupakan salah satu baka durian terkenal di daerah Sungai Pinang. Orang ramai masih suka mengaitkan durian Ang Bak dengan nama guru besar itu, agaknya sebagai tanda kenangan terhadapnya.
Dari segi kualiti isi buah Ang Bak, teksturnya lembut, halus dan lembap. Warna isi buah sangat menarik menampil oren pekat bagaikan api sedang membara. Durian ini tidak begitu manis dan juga tidak begitu pahit, memberi perisa bagaikan bau kopi semasa penikmatan. Kulit durian Ang Bak sangat berduri dan berwarna hijau. Hujung duri kebanyakan masa berwarna coklat. la juga susah untuk dikopek. Bentuk buah Ang Bak tidak sekata.
Isi buah Ang Bak sangat lembut dan mudah berair jika diangkut terlalu jauh. Dengan kata lain, buah ini hendaklah dinikmati segera selepas gugur dari pokok. Walaupun kulitnya keras sedikit untuk dikopek dan kadang-kadang menyebabkan tangan pengopek tercedera, namun ketika melihat warna dan kelembutan isi buah Ang Bak, hati akan bergelora dengan keceriaan tidak terhingga kerana kualiti isinya menyelerakan. Durian ini juga adalah juara dalam pertandingan durian Pulau Pinang pada tahun 1991.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com