You are currently viewing Dazomet-Racun Kimia Yang Berkesan Untuk Mengawal Penyakit Ganoderma

Dazomet-Racun Kimia Yang Berkesan Untuk Mengawal Penyakit Ganoderma

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Antara kaedah menangani penyakit Ganoderma sawit yang dibangunkan oleh MPOB, racun kimia Dazomet merupakan salah satu daripadanya untuk mengawal populasi kulat Ganoderma (G. boninense) dan mencapai kesan rawatan. Setelah populasi kulat berbahaya itu dikawal, hayat hidup pokok sakit boleh dilanjutkan.

Dazomet adalah sejenis racun kimia berupa butiran putih, apabila menyentuhi air dalam tanah akan merembeskan wap methylisothiocyanate, dan seterusnya mendatangkan kesan kawalan penyakit Ganoderma.

MPOB pernah menjalankan kajian produk ini di sebuah kawasan bertanah gambut di Teluk Intan, Perak ke atas tanaman sawit berumur 19 tahun dari tanaman generasi pertama. Sejumlah 180 pokok yang diserangi penyakit Ganoderma dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk menguji kesan Dazomet. Ujian bermula dengan membuka alur di sekeliling pokok sakit kemudian menabur Dazomet ke dalam alur tersebut. Pangkal pokok kemudian dibaluti dengan plastik supaya wap Dazomet tidak terlepas.

Kaedah ini hanya perlu dilakukan sekali setahun. 3 tahun kemudian, pokok sakit yang telah dirawati Dazomet memperolehi kesan kawalan yang memberangsangkan, manakala plot tidak dirawat menghadapi kadar kematian pokok 100%. Menurut ujian itu, kadar hidup kulat Ganoderma di bawah kawalan Dazomet berada di antara 10 % – 40%.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Dalam ujian ini, beberapa rawatan mengikut dos Dazomet berbeza telah dijalankan. Pokok sakit setelah dirawati dengan 1,000g atau bersamaan bahan aktif (a. I) Dazomet berupaya menurunkan kadar hidup kulat Ganoderma sehingga ke aras 10%. Jika dos Dazomet 500g digunakan, maka kadar hidup kulat berada pada 16%, pengurangan lagi dos Dazomet kepada 250g akan meningkatkan kadar hidup kulat sehingga 50%. Hal ini dengan jelas menyatakan dos Dazomet hendaklah pada 1,000g/pokok atau ke atas untuk mencapai kesan optimum.

MPOB menawarkan perkhidmatan kawalan penyakit Ganoderma dengan racun Dazomet kepada mana-mana ladang yang memerlunya. Kos rawatan adalah bergantung kepada keluasan jangkitan serta keseriusan jangkitan penyakit tersebut. Kulat Ganoderma mesti dikurangkan demi mencapai kesan optimum. Jika tidak, populasinya akan meningkat dan lebih banyak pokok akan dijangkiti penyakit ini. Jangkitan jika berleluasa akan memberi cabaran lebih besar dalam rawatan kerana keluasan yang lebih besar akan meningkatkan kerumitan kawalan.

Sumber maklumat :

Idris, A S et al., ‘Stump treatment with dazomet for controlling Ganoderma disease in oil palm’, MPOB INFORMATION SERIES, 2012. MPOB TS No. 107.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com