You are currently viewing Durian Dalit Semakin Popular Di Pasaran

Durian Dalit Semakin Popular Di Pasaran

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Catatan daripada Buku Durio of Malaysia oleh Salmah Idirs, Durian Dalit (Durio graveolens) juga boleh didapati di Malaysia Barat selain di Sarawak, Brunei, Sabah dan Kalimantan. Pokok asalnya tumbuh di hutan dan merupakan pokok hutan yang bersaiz besar dan mencapai ketinggian 51 meter dengan kanopi sangat lebar dan rimbun serta menampil warna tembaga keperangan. Kulit pokoknya berwarna perang cetek sehingga merah perang manakala kulit dalaman berwarna kuning perang. Sesetengah petani juga ada menanam pokok ini, ditambah dengan hebahan media, kini durian Dalit sudah semakin dikenali ramai malah ada yang sedang mempertimbangkan potensi komersialnya.

Durian Dalit juga antara 9 spesies durian yang boleh dimakan segar. Dari kedudukan komersial, ia rasanya berada di tempat ketiga iaitu selepas durian biasa (Durio zibethinus) dan durian Lai (Durio kutejensis). Habitat semula jadinya didapati tanah rata liat berpasir sesuai untuk pertumbuhan. Ada juga yang tumbuh mengikut pesisiran sungai atau di atas bukit pada ketinggian 300 meter. Sesetengah pokoknya juga tumbuh di tanah berpaya. Warna kulit buah durian Dalit berbeza-beza dari hijau, kuning ke kuning pekat atau kuning oren. Warna isi buah juga berbeza antara kuning, kuning pekat, oren, merah jambu atau merah. Isi buah ada yang nipis dan ada yang tebal, dan menampil kualiti isi dari tahap rendah ke tinggi.

Di Sabah dan Sarawak, durian Dalit digemari oleh orang tempatan. MARDI pernah membiak baka sejenis durian Dalit dengan isi berwarna jambu merah, berkrim dan manis serta berperisa agak baik. Melalui pembiakbakaan ini, kualitinya sudah dinaik taraf.

Salah satu tabiat durian Dalit ialah buah yang masak tidak akan gugur ke tanah, sebaliknya akan rekah di atas pokok, dan isi bersama biji akan gugur dan berselerak di atas tanah. Atas sebab ini, durian Dalit tidak dimasukkan ke dalam golongan durian merah (Durio dulcis) yang buahnya boleh gugur ke tanah setelah masak.

Apakah caranya untuk meningkatkan kualiti durian Dalit? Inilah tugas para penyelidik. MARDI sudah pernah menaik taraf kualitinya melalui kejayaan dalam pembiakbakaan spesies durian ini seperti diterangkan sebelum ini. Satu fakta yang boleh diterima ialah kualiti durian Dalit memang boleh ditingkatkan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my

Dari segi bentuk buah dan cita rasa isi buah, durian Dalit sebenarnya tiada satu ukuran konsisten. Samalah seperti durian biasa yang sudah melalui proses pertumbuhan dan kacukan semula semula jadi selama beratus-ratus malah beribu-ribu tahun di hutan sudah terbentuk berbagai-bagai jenis durian merangkumi berbagai-bagai cita rasa. Inilah dikatakan proses evolusi yang akhirnya menghasilkan kepelbagaian jenis buah durian dengan keenakan isi bermacam-macam rasa.

Isi buah durian Dalit tidak semestinya merah, sebaliknya ada yang berwarna kuning cetek sehingga warna oren serta menampil pelbagai mutu. Isi durian Dalit yang berwarna oren dikenali sebagai Otak Udang oleh orang tempatan.

 

Sumber maklumat :

Salma Idris, Durio of Malaysia, MARDI, 2011.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :