You are currently viewing Penternakan Ayam Kampung Berdaya Maju

Penternakan Ayam Kampung Berdaya Maju

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Pengeluaran ayam kampung di Malaysia diusahakan secara tradisional atau komersial di Malaysia untuk memenuhi permintaan tempatan dan eksport. Pada tahun 2007 sebanyak 334 tan ayam kampung telah dieksport dan hampir 53% daripadanya dieksport ke Singapura. Umumnya ayam kampung komersial mendapat permintaan lebih tinggi di kota seperti di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang. MARDI telah menjalankan satu kajian melibatkan 38 ladang ayam kampung di Malaysia untuk menilai prestasi penternakan ini demi menentukan daya maju perusahaan tersebut.

Sebelum itu, pengenalan ayam kampung di Malaysia harus bermula dengan ayam kampung generasi pertama (Gallus domesticus) yang berasal daripada keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus). Pedagang dari negara China yang datang ke Malaya kemudian mengacukkan ayam generasi pertama dengan ayam kampung Canton dari China. Selepas itu banyak lagi baka turut diimport masuk dan kacukan tidak terkawal telah menghasilkan pelbagai baka ayam kampung kacukan.

Menurut sumber, ayam kampung lebih cepat membesar jika diberikan makanan komersial berbanding dengan makanan tradisional seperti nasi dan hampas kelapa. Pada umur 15 minggu, ayam kampung yang mengambil makanan komersial boleh mencapai berat 1.1kg/ekor berbanding dengan 525g/ekor yang mengambil makanan tradisional.

Kajian yang dijalankan sebelum itu mendapati ayam kampung merah dan ayam kampung hitam merah masing-masing mencapai berat 1.22kg dan 1.29kg pada umur 16 minggu dengan mengambil makanan sebanyak 5.65kg dan 6.88kg/ekor. Kadar kematian ayam tersebut masing-masing mencatatkan kadar 12.1% dan 12.2%. Penternakan ayam kampung didapati berdaya maju oleh sesetengah penyelidik kerana kadar pulangan dalaman (IRR) mencapai 87% serta mampu pulang modal dalam masa 3 – 4 tahun. Harga pasarannya juga lebih tinggi sebanyak 57.4% berbanding harga ayam daging proses (tahun 2006).

 

Hasil Kajian

Kos Pengeluaran : Melalui kajian ke atas 38 ladang ayam kampung, didapati kos makanan ayam membelanjakan peratusan paling tinggi iaitu 60.3% diikuti kos pembelian anak ayam sebanyak 31.6%. Kedua-dua kos ini sudah berjumlah 91.9% daripada keseluruhan kos penternakan. Kos lain termasuk reban dan buruh masing-masing 2.1% dan 2.0%. Selain itu kos bagi kenderaan, mesin, peralatan ladang, setor, kos perubatan, utiliti dan kos selenggara adalah antara 0.1 – 0.8%.

Kos pengeluaran seekor ayam kampung berpurata RM7.22 atau berpurata RM4.19/kg. Berat purata akhir seekor ayam kampung ialah 1.72kg. Harga purata ladang pula seekor RM6.93. Pendapatan bersih pengeluaran seekor ayam kampung ialah RM4.70 atau RM2.73/kg.

Kecekapan : Nilai indeks produktiviti kesemua 38 ladang ialah 1.45 manakala purata kecekapan ialah 70.04%. Sebanyak 54% daripada kesemua 38 ladang mencapai kecekapan tinggi iaitu 99.83% dan selebihnya mempunyai nilai kecekapan antara 25 – 75%. Umumnya secara purata nilai kecekapan berada di tahap sederhana dan justeru itu sistem sedia ada perlu diperkukuhkan lagi bagi mencapai nilai kecekapan yang lebih tinggi.

Kesimpulan

Keputusan menunjukkan nilai produktiviti bagi ternakan ayam kampung melebihi 1 dan keadaan ini selanjutnya menyatakan perusahaan ini berdaya maju dan memberi pulangan positif kepada penternak. Kos makanan (60.3%) dan kos pembelian anak ayam (31.6%) telah meliputi 91.9% daripada keseluruhan kos. Ini kerana bekalan anak ayam masih bergantung pada pengusaha perindukan ayam kampung komersial menyebabkan permintaan melebihi bekalan justeru membawa harga anak ayam kampung ke tahap agak tinggi iaitu di antara RM1.30 – RM2.50/ekor bergantung kepada baka berbanding dengan hanya RM0.99/ekor bagi ayam pedaging.

 

Walau bagaimanapun, kesedaran keadaan semasa sedang meningkat di kalangan pengguna terhadap kesihatan akan memacu industri penternakan ini ke tahap lebih tinggi. Sebagaimana diketahui, masa ternakan ayam kampung ke berat komersial mengambil masa lebih lama berbanding ayam pedaging kerana penternakan ayam kampung tidak menggunakan hormon. Keadaan ini adalah perspektif penting bagi mereka yang lebih gemar terhadap pemakanan ayam kampung berbanding ayam pedaging komersial.

 

Sumber maklumat :

Engku Elini Engku Ariff et al., “Kos dan pulangan bagi penternakan ayam kampung”, Economic and Technology Management Review, Vool. 5(2010):41-49.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 0082
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :