You are currently viewing Teknologi 5G Memasuki Kebun Durian Dan Memudahkan Pengurusan

Teknologi 5G Memasuki Kebun Durian Dan Memudahkan Pengurusan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com

5G adalah teknologi terbaru, kadar penyampaian mesej 20 kali ganda lebih cepat daripada 4G serta taburan lebih luas. Keanjalan penukaran 5G juga lebih tinggi. Teknologi ini kini telah memasuki bidang telefon bimbit, industri serta juga bidang pertanian. la sesuai digunakan di ladang besar termasuk kelapa sawit, getah, kelapa dan juga durian.

Menurut sumber, sebuah kebun durian di Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada penggunaan teknologi ini. Menurut pekebun tersebut, buah durian di kebun beliau didapati memiliki keharuman terbaik dalam masa 30 minit selepas gugur daripada pokok. Dalam masa yang singkat ini, beliau perlu meluru ke tempat kejadian untuk memungut durian itu. Melalui pengesan 5G yang terpasang di jaring di bawah pokok, beliau telah sempat memungut buah durian untuk dinikmati segera oleh tetamu di kebun. Di kebun beliau, semasa musim durian, ramai tetamu dan pengunjung datang ke situ untuk menikmati mutu durian terbaik termasuk yang baru gugur. Ketika melihat tetamunya berada dalam alam keceriaan semasa menikmati durian, beliau benar-benar berasa gembira atas pemandangan ini.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com

Beliau sambung berkata, buah durian dari pokok tua amnya lebih unik cita rasanya berbanding buah durian dari pokok muda. Namun begitu, sesetengah baka durian di kebunnya walaupun masih muda tetapi sudah menghasilkan perisa yang setimpal dengan buah daripada pokok tua, tetapi dengan syarat buah itu mesti dinikmati segera apabila gugur. Oleh kerana buah seumpama ini ditangani serta-merta, harganya tentu lebih mahal tetapi tetap diterima oleh tetamu. Yang pentingnya ialah ingatan indah dan manis selepas penikmatan durian bermutu ini dan perkara tersebut sudah menjadi pegangan utama di sanubari beliau.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my

Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/