Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Kadar pembuahan durian di atas pokok boleh dipupuk melalui 3 kaedah berikut. Maksud pembuahan di sini ialah kemunculan putik buah selepas pendebungaan. Kebiasaan putik buah akan muncul selepas lebih kurang 10 hari pendebungaan berlaku.
1. Melalui Bekalan Nutrien
Menurut sumber, di antara banyak nutrien yang ada itu, kalsium, boron, magnesium dan kalium berupaya memupuk pertumbuhan dan pengembangan tiub debunga. Dalam aspek ini, didapati percambahan tiub debunga memerlukan 50 – 90ppm kalsium, 30 – 60ppm boron, 15 – 30ppm magnesium dan 15 – 30ppm kalium. Jika kadar tersebut lebih tinggi atau lebih rendah seperti dinyatakan, maka kadar percambahan itu menjadi lemah dan selanjutnya menurunkan kadar pemanjangan tiub. Seperti sedia maklum, hanya apabila tiub debunga dapat menganjur ke bahagian rahim bunga barulah pendebungaan itu dikira berjaya dan seterusnya menghasilkan putik buah.
Dalam tempoh masa ini, kalsium dan boron memainkan peranan paling penting terutama penyemburan di peringkat 6 minggu selepas pengeluaran tunas bunga tersebut berlaku menjadi amalan wajib. Kenapa kata begitu? Ini disebabkan analisis daun durian menunjukkan kandungan kalsium, kalium dan magnesium amnya tidak sepadan dengan keperluan percambahan tiub debunga khususnya kandungan boron yang amat rendah menyebabkan nisbah kalsium boron berada di aras 337 :1. Nisbah ini tidak seimbang untuk percambahan tiub debunga. Justeru itu nisbah tersebut hendaklah dilaraskan kepada nisbah 200 : 1 (kalisum boron). Inilah yang menjadi sebab kenapa kedua-dua nutrien ini wajib disembur dalam peringkat masa ini. Menurut analisis ini, maka boleh dikatakan pekebun yang tidak mengamalkan semburan tersebut tidak akan memperolehi kadar pembuahan yang memuaskan kerana ketidakseimbangan nisbah nutrien kalsium dan boron telah berlaku dalam daun. Justeru itu, pelarasan nisbah tersebut ke aras yang seimbang seperti dinyatakan itu menjadi amalan wajib.
2. Melalui Bekalan Air
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Kelembapan tanah juga salah satu aspek yang mempengaruhi kadar pembuahan durian. Maka dalam aspek ini, seminggu sebelum bunga mekar atau pada minggu ke- 7 selepas tunas bunga terbit, pengairan hendaklah dibekal kepada pokok pada kadar 20 – 25% daripada kadar penyejatan air harian (daily pan evoparation) sehingga ke peringkat bunga mekar baru berhenti. Namun, jika hari terlalu panas sehingga melebihi 36 darjah, pengairan hendaklah diberikan pada kadar munasabah. Bagaimanakah menentukan kemunasabahan ini? Oh, senang sahaja, jika bunga mekar pada masa 3.00pm bermaksud kuantiti bekalan air itu sudah tepat.
Selepas 3 hari bunga mekar, proses pembentukan putik buah akan berlaku. Selepas putik buah muncul, bekalan air harian ditingkatkan ke aras 60 – 70% daripada penyejatan air harian. Tempoh masa ini dikira daripada tarikh bunga mekar dan berlangsung selama 3 minggu daripada tarikh tersebut. Amalan ini dapat mengurangkan kadar guguran putik buah dan meningkatkan pembesaran putik buah.
3. Melalui Pendebungaan Berbantu
Pendebungaan berbantu atau manual dapat meningkatkan kadar pembuahan. Amalan ini dilakukan semasa 25% daripada jumlah bunga di atas pokok telah mekar melalui melekatkan debunga daripada baka lain atau sama baka tetapi lain pokok ke atas stigma bunga secara manual. Masa paling efektif untuk pendebungaan berbantu berlangsung ialah di antara 6.30 pm – 9.30 pm.
Sumber maklumat :
Surmsuk Salakpetch, “Durian (Durio zibethines), Flowering, Fruit Set and Pruning”, Chanthaburi Horticultural Research Center, Chanthaburi, Thailand.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com