You are currently viewing Durian ‘Lava’ Di Thailand Menampil Cita Rasa Berlainan

Durian ‘Lava’ Di Thailand Menampil Cita Rasa Berlainan


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

Durian ‘lava’ di Thailand ini sebenarnya adalah durian Monthong. Cuma ia dikultur di tanah bekas lava, oleh itu diberikan membezakannya dengan nama khusus bagi durian Monthong biasa yang ditanami di tanah mineral di daerah seperti Chanthaburi serta daerah lain.

Monthong adalah kultivar durian utama di Thailand merangkumi lebih 70% daripada keseluruhan durian di negara itu. Bagaimanapun, kualiti isi buah didapati tidak konsisten kerana taburannya berada di atas pelbagai jenis tanah. Adakah tanah akan mempengaruhi kualiti isi buah? Hal ini telah terbukti jika melihat buah yang ditanami di tanah bekas lava.

Adakah Thailand mempunyai gunung berapi ? Tidak sebenarnya, tetapi pada jutaan tahun lalu, dua gunung iaitu Phanom Rung dan Doi Pha Khok Hin Fu adalah gunung berapi yang aktif. Tanah berlava justeru itu mungkin adalah hasil mendapan lava daripada gunung berapi tersebut. Tanah itu mengandungi unsur besi yang tinggi dan tanahnya berwarna seakan merah. Durian Monthong yang ditanami di daerah ini berlainan daripada Monthong di tanah mineral. Buahnya lebih melonjong serta kulit lebih tebal, keadaan ini menjadi kelebihannya kerana buah tidak akan rekah apabila masak dan gugur ke tanah.

Dari segi cita rasa, didapati isi buah durian Monthong ‘lava’ lebih padat serta lebih kering, corak isinya berkanji dan terasa rangup. Malahan isi buahnya boleh dikopek lapis demi lapis serta tidak melekat pada jari. Keadaan ini dipercayai berasal dari cuaca setempat yang lebih kering dan panas berbanding kawasan lain. Cita rasa baru ini sama ada digemari oleh pengguna atau tidak adalah bergantung kepada kegemaran masing-masing.


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Daripada sini, rumusan boleh dibuat ialah sifat tanah yang berbeza akan menghasilkan kualiti isi yang juga berbeza. Umpamanya di Malaysia, Musang King yang ditanami di atas bukit juga memberi perisa berlainan berbanding yang ditanami di tanah rendah. Begitu juga baka ditanami di kawasan berbatu menampil juga kelainan kualiti isi berbanding yang ditanami di tanah mineral biasa. Dengan kata lain, komposisi tanah wujud sebagai salah satu faktor yang boleh mempengaruhi kualiti isi.

Bahan rujukan :

Lindsay Gasik, Year of the Durian Blog, 2021.


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com