Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Jumlah pekebun sawit kecil persendirian di Malaysia lebih kurang 650,000 orang, di antaranya ramai memiliki kebun seluas beberapa hektar, justeru agak membebankan jika hendak mereka menggunakan mekanisasi kebun yang canggih. Mungkin ada di antara mereka ini mempunyai keupayaan tersebut, tetapi jumlah pengeluaran hasil buah mereka belum mencapai ekonomi berskala untuk memilikinya. Keadaan sedemikian telah memacu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) membangunkan sejenis alat mekanisasi berupa kereta sorong berenjin yang mampu dimiliki oleh mereka untuk kegunaan di kebun masing-masing bagi meningkatkan produktiviti pengangkutan hasil. Mekanisasi seumpama ini di samping akan meningkatkan produktiviti mereka, malah turut meringankan beban kerja mereka. Kereta sorong berenjin ini bersaiz kecil justeru sesuai juga beroperasi di tanah berteres.
Kereta sorong baru ini sudah ditambah baik dari segi kapasiti pergerakan. Walaupun disebut kereta sorong, namun rekaan baru ini sebenarnya memiliki 3 roda, iaitu dua roda di bahagian depan dan satu di bahagian belakang. Roda depan digerakkan oleh kuasa hidrolik. Saiznya tentu lebih besar daripada kereta sorong konvensional. Memandangkan kereta baru ini sudah dilengkapi dengan sebiji enjin, justeru pergerakannya adalah dikawal oleh motor dan selanjutnya dapat mengurangkan keperluan tenaga pekerja untuk beroperasi. Buah tandan segar yang diangkut oleh kereta sorong berenjin ini akan dituang ke dalam tong besar atau di tepi jalan besar tanpa tenaga manual, sebaliknya dikawal oleh mekanisme automatik kemudian kembali ke tempat asal untuk mengulang kerja pengangkutan buah.
Kelebihan kereta sorong berenjin ini adalah seperti berikut:
1. Harga mampu milik.
2. Kos pemeliharaan amat rendah. 3. Meningkatkan produktiviti.
4. Boleh digunakan untuk mengangkut barang lain seperti baja dan racun pertanian.
5. Kereta ini boleh bergerak di cerun 30 darjah dalam keadaan muatan penuh.
6. Dapat mengangkut 4 – 5 tan buah tandan segar sehari, iaitu jauh lebih tinggi daripada kereta sorong konvensional yang setakat 1.16 tan sehari.
Dari segi harga, kereta baru ini boleh diperolehi dengan harga antara RM4,000 – RM5,500/buah. Harga ini dapat diturunkan lagi jika produksi dijalankan secara skala besar. Tidak syak lagi rekaan baru ini tentu akan menjadi pembantu sempurna kepada pekebun kecil malah juga kepada peladang sawit secara umum. la selain sesuai untuk pengangkutan buah tandan segar, baja dan racun pertanian seperti racun rumpai atau racun perosak turut boleh menggunakan kereta sorong berenjin ini. Dalam keadaan ini, mereka yang berusia juga boleh beroperasi di kebun masing-masing kerana tidak perlu tenaga badan yang banyak dalam pengendalian.
Sumber maklumat :
Ahmad Hitam et al., Powered Wheelbarrow: An Implement To Assist Oil Palm Field Activities, MPOB TT. NO. 108, JUNE 2001.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com