You are currently viewing Perspektif Kultur dan Ekonomi Penanaman Nanas MD2

Perspektif Kultur dan Ekonomi Penanaman Nanas MD2

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 0082
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

MD2 wujud sebagai tanaman nanas yang paling meluas diusahakan di seluruh dunia. Pasaran bagi kaltivar nanas ini sehingga kini sudah menjangkaui lebih 80% di pasaran dunia. Buat masa ini MD2 banyak diusahakan di Costa Rica, Ghana dan Filipina. Sejarah MD2 masih agak muda di pentas dunia iaitu hanya selama 15 tahun sahaja tetapi oleh kerana bentuk buah yang cantik, isi buah berwarna keemasan serta manis menjadikan ia satu kultivar yang terus mendapat sambutan penanam di seluruh dunia. Lagipun, saiz buah yang sederhana besar juga memenuhi piawai eksport di dunia.

Untuk mendapat kuliaiti buah yang tulen dan berkualiti tinggi, bahan tanaman tisu kultur sering dipilih. Bagaimanapun, bentuk buah harus diperhatikan supaya hanya buah berbentuk selinder sahaja yang dipilih kerana terdapat juga bahan tanaman MD2 yang kurang tulen dan menghasilkan bentuk buah bersifat menirus. Keadaan ini akan menurunkan nilai buah serta tidak dapat dieksport. Oleh itu tempahan bahan tanaman dari pengeluar hendak terlebih dahulu memperhatikan buah yang dihasilkan supaya tidak terjerat dalam memperolehi bahan tanaman yang kurang berkualiti. Perkara ini boleh dikenal pasti melalui pemerhatian ke atas ladang mereka demi menjamin ketulenan bahan tanaman yang akan diperolehi kelak.

Salah satu kelebihan nanas MD2 ialah ia boleh diusahakan di tanah mineral termasuk tanah yang sedikit beralun dan juga tanah merah. Kualiti buah MD2 juga lebih baik berbanding buah ditanami di tanah gambut. Nanas adalah tanaman yang boleh diselenggara dengan kepadatan tinggi. Begitu juga dengan MD2 yang boleh ditanam mengikut kepadatan 28,000 pokok/ekar, iaitu lebih tinggi daripada kultivar biasa yang setakat ditanam pada 12,000 – 14,000 pokok/ekar.

Dengan kepadatan ini, buah yang dihasilkan ialah seberat 1.4 1.7kg/biji, iaitu setara dengan piawai eksport pada 1.2 1.8kg/biji. Namun, jika kepadatan ini direndahkan kepada 25,000 pokok/ekar, maka berat buah boleh mencapai 2 – 4kg/biji.

Dengan kepadatan ini, ia memberi hasil yang lumayan. Andai kata harga kebun sebiji MD2 ialah RM1.50/kg dan purata berat ialah 1.5kg/biji, maka jumlah pendapat kasar untuk satu ekar ialah RM63,000/ekar (1.5kg x 28,000 biji x RM1.50/kg).

MD2 yang ditanam selama 10 bulan boleh bermula dengan aruhan bunga, 4-5 bulan kemudian, buahnya sudah boleh dituai. Tempoh masa aruhan bunga untuk pusingan tuaian kedua dan ketiga datang lebih awal iaitu lebih kurang 7 – 8 bulan selepas ditanam dan bunganya sudah boleh diaruh.

 

Seperti yang diketahui umum, penanaman pusingan pertama memerlukan pembelian bahan tanaman anak benih kultur tisu pada harga purata RM1.50/pokok (jika anak benih kultur tisu dipilih). Maka perbelanjaan pembelian ialah benih RM42,000/ekar (28,000 pokok x RM1.50). Kos untuk pusingan penanaman pertama agak tinggi disebabkan oleh pembelian anak benih. Kos operasi ladang yang lain dianggarkan berjumlah RM0.50/pokok akan memerlukan RM14,000/pusingan (28,000 pokok X RM0.50), maka keseluruhan kos pengeluaran untuk pusingan pertama ialah RM56,000/ekar.

Keseluruhan kos pengeluaran untuk 3 pusingan dianggarkan RM84,000/ekar/3 tahun (RM56,000 + RM14,000 + RM14,000) iaitu berpurata 28,000/ekar/tahun sedangkan jumlah pendapatan untuk 3 tahun ialah RM189,000/ekar (28,000 biji x 3 pusingan x 1.5kg/biji x RM1.50/kg) atau bersamaan pendapatan kasar setiap tahun pada RM63,000/ekar. Pendapatan kasar setiap tahun ini jika ditolak kos pengeluaran setahun pada RM14,000 maka akan menghasilkan pendapatan bersih setiap tahun pada RM49,000 atau bersamaan dengan pendapatan bersih RM4,083.3 sebulan/ekar. Oleh itu, nanas MD2 dianggap sebagai salah satu tanaman berpotensi tinggi untuk diusahakan di Malaysia.

Walau bagaimanapun, pendapatan bersih ini adalah anggaran dan untuk rujukan am sahaja. Angka sebenar masih tertakhluk kepada keadaan tanah dan cuaca setempat, harga anak benih semasa dan juga keadaan agonomi di ladang.

Di kawasan tertentu, harga runcit nanas MD2 sudah mencapai RM6.00/kg.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Sila kongsi kepada kawan :