You are currently viewing Mesin Penabur Baja Untuk Tanaman Sawit Muda Menjimat Tenaga Buruh

Mesin Penabur Baja Untuk Tanaman Sawit Muda Menjimat Tenaga Buruh

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my

Pengusaha tanaman sawit jangan mengabaikan pembajaan ke atas pokok baru ditanam sehingga berumur 2 1⁄2 tahun. Di peringkat vegetatif ini, kesuburan pokok sangat penting supaya dapat merintangi kesan kejadian seperti cuaca buruk menjalang kematangan pokok. Pernah ada laporan yang mengatakan jika anak pokok tidak dijaga betul, hasil buah akan merosot malah sehingga ke akhir hayat pokok.

Tayeb dan Ahmad Tarmizi Mohamad melaporkan, peringkat semaian, belum matang dan baru matang 1 – 5 tahun (iaitu 4 – 8 tahun selepas tanam) merupakan 3 peringkat yang wajib ditaburi baja dengan secukupnya. Hanya dengan cara ini, baru pokok boleh dikurangkan dos pembajaan selepas 8 tahun ditanam. Ini kerana pokok sudah subur dan sihat, pengurangan baja dijangka tidak akan memberi kesan negatif yang ketara.

Namun, pembajaan kini banyak dipengaruhi oleh kekurangan buruh di ladang. Pembajaan amnya dijalankan dengan mengisi baja ke dalam kereta sorong kemudian ditabur di bawah pokok sawit satu demi satu. Untuk pokok belum matang, daunnya sering menyentuhi permukaan tanah. Buruh ladang tidak mungkin mengangkat daun-daun ini sebelum membaja. Hal ini menyebabkan kejadian lecur daun apabila baja terkena daun atau jatuh ke tengah kanopi pokok. Taburan baja mungkin juga tidak diletakkan di lokasi yang betul.

Menurut sumber, pokok yang berumur 2 tahun ke bawah, akar penyerap nutrien kebanyakan tumbuh dalam Kawasan 2 meter (m) dari pangkal pokok. Inilah lokasi perletakan baja optimum, tetapi jangan pula meletaknya di pangkal pokok. Secara perinci, zon 1.5 – 2.0m dari pangkal pokok sangat sesuai untuk penaburan baja. Apabila umur pokok meningkat ke 3 – 5 tahun, akar turut mengembang, akar penyerap nutrien kini berada dalam zon 4m dari pangkal pokok. Apabila umur meningkat lagi, akar penyerap nutrien mengembang lebih luas sehingga 5m atau lebih dari pangkal pokok. Dengan kata lain, pokok berumur 3 – 5 tahun seelok-eloknya menabur baja dalam zon 1.5 – 4.0m dari pangkal pokok, manakala bagi pokok belum matang, aplikasi baja dalam bulatan merumput memanglah sesuai.

Penggunaan mesin penabur baja di ladang sawit matang memang bukan perkara baru. Banyak syarikat perladangan sudah menggunakannya dan menikmati penjimatan buruh, tenaga dan wang. Selain itu, kelebihan mesin penabur baja ialah ia dapat meliputi Kawasan sawit yang luas. Menurut sumber, sebuah ladang sawit seluas 2,000 ha yang menggunakan mesin penabur baja dapat menjimat 16 orang buruh serta penjimatan 18 hari bekerja jika dibandingkan dengan kaedah konvensional atau manual.

Sebaliknya penggunaan mesin penabur baja di ladang sawit muda atau belum matang kelihatan tidaklah begitu lumrah kerana baja akan dilontar ke tempat lain sekiranya terkena pelepah pokok dan selanjutnya mengurangkan keberkesanan pembajaan. Baja juga mungkin terperangkap di tengah kanopi pokok dan menyebabkan kejadian lecur. Memandangkan keadaan sedemikian, Lembaga Minyak sawit Malaysia (MPOB) sudah membangunkan sejenis mesin penabur baja khas untuk tanaman sawit belum matang. Mesin ini mampu mengurangkan keperluan tenaga buruh dan meningkatkan produktiviti mereka. Tambahan keluasan membaja juga meningkat dan baja akan ditabur di lokasi yang tepat dan mengelakkan pembaziran.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Mesin ini terdiri daripada mekanisme penaburan baja, tong baja (200 kg) serta satu jaring logam bagi mengangkat daun pokok bagi membolehkan perletakan baja di bawah pokok. Jaring logam ini merupakan kelebihan mesin ini.

Satu eksperimen telah dijalankan di ladang sawit berumur 3 tahun dan mendapati kesannya berlaku seperti dikehendaki. Satu eksperimen lain dijalankan ke atas pokok berumur 1 1⁄2 tahun. Setiap pokok ditaburi baja biru 1.5kg.

Hasil eksperimen tersebut menunjukkan keluasan 6 ha dapat direalisasikan sehari. Penggunaan bahan api untuk mesin ini ialah 0.6 liter/jam. Menurut analisis ekonomi, kos penaburan baja menggunakan mesin ini ialah RM8.13/ha, jika dikira bersama kos buruh maka jumlah kos meningkat kepada RM12.13/ha. Kos ini masih lebih murah daripada kaedah konvensional atau manual sebanyak RM16/ha iaitu penjimatan kos 24%. Perbezaan paling besar penggunaan mesin penabur baja ini ialah peliputan keluasan 6 ha sehari berbanding kaedah konvensional atau manual yang setakat 2 ha sahaja. Ternyata di sini bahawa penjimatan 60% bilangan buruh boleh direalisasikan.

Inilah salah satu cara tipikal yang menunjukkan kelebihan mekanisasi di ladang sawit. Situasi kini yang berdepan dengan masalah kekurangan buruh secara serius boleh diatasi melalui aplikasi baja secara mekanisasi. Dengan cara ini, kadar penerimaan dos baja sepokok juga hampir sama, keadaan ini akan meningkatkan keberkesanan pembajaan dan melestarikan tumbesaran pokok malahan pengeluaran hasil menjalang kematangan pokok.

 

Sumber maklumat :

Salmah Jahis et al., Mechanical Fertilizer Spreader For Young Palm, MPOB TT. NO. 135, May 2002.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :