You are currently viewing Penanaman Bactris gasipaes Untuk Pengeluaran Umbut Secara Integrasi Dengan Kelapa Sawit Dalam Sistem Dua Baris Kembar (Bahagian 2/2)

Penanaman Bactris gasipaes Untuk Pengeluaran Umbut Secara Integrasi Dengan Kelapa Sawit Dalam Sistem Dua Baris Kembar (Bahagian 2/2)

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Sambungan dari : Penanaman Bactris gasipaes Untuk Pengeluaran Umbut Secara Integrasi Dengan Kelapa Sawit Dalam Sistem Dua Baris Kembar (Bahagian 1/2)

 

3. Pembajaan

Program pembajaan adalah seperti ditunjukkan di jadual 1. Baja digunakan semasa cuaca basah supaya permukaan tanah yang basah dapat menambahkan kesan pembajaan. Cuaca kering atau terlalu basah tidak sesuai untuk menjalankan kegiatan membaja.

4. Merumput

Apabila poko Bactris telah mencapai umur lebih 6 bulan, racun seperti paraquat boleh digunakan pada kadar 2 – 4 liter/ha untuk setiap pusingan. Sebelum ini, kerja merumput lebih baik dijalankan secara manual agar tidak merosakkan pokok-pokok Bactris yang masih rendah dan kecil. Apabila kanopi pokok telah bertembung, kegiatan merumput boleh dikurangkan kepada 3 – 4 bulan sekali.

 

5. Penjagaan Sulur

Sebagai tumbuhan berumpun, pokok Bactris yang ditanam selama 6 bulan akan mula mengeluarkan sulur malah boleh mencapai 10 batang pada satu masa. Setelah penuaian pertama dijalankan, 1 – 2 batang sulur dikekalkan untuk pembesaran dan penuaian seterusnya. Sulur yang lain dibuang sahaja. Langkah ini bertujuan memupuk pertumbuhan yang lebih baik serta kualiti yang lebih tinggi pada pokok-pokok yang disimpan.

 

6. Kawalan Perosak Dan Penyakit

Kumbang kaboi akan menyerang bahagian daun pokok Bactris menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut dan saiz umbut juga lebih kecil. Perosak ini boleh dikawal dengan penyemburan racun serangga seperti carbaryl, trichlorphon dan fenvalerate dengan bahan aktif (a.i) 0.1%.

Bagi kumbang badak pula, ia pada kebiasaan menyerang bahagian pangkal pokok berusia 2 – 4 bulan dengan mengorek masuk ke dalam tisu dalaman pokok dan memakan sap tisu yang lembut. Semburan racun cypermethrin (0.1 – 0.2% a.i.) serta penaburan racun carbofuran pada pucuk pokok dengan kadar 15 – 20g/pokok akan memberi kesan kawalan.

Penyakit bintik yang disebabkan oleh kulat pula boleh ditangani dengan semburan racun kulat. Daun terjangkit seelok-eloknya dibuang bagi mengelakkan rebakan penyakit.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

7. Penuaian

Pokok Bactris ketika berusia 16 – 18 bulan selepas ditanam sudah boleh dijalankan penuaian pertama. Pada masa ini, batang pokok adalah bergarispusat 15 – 17cm manakala ketinggian pokok adalah lebih kurang 1.3 m. Parang digunakan untuk membuang semua daun serta memotong bahagian pucuk pokok serta mengupas 2 – 3 lapis pelepah daunnya. Umbut kemudian dibawa ke tempat pembungkusan untuk mengeluarkan umbut seterusnya.

Segala biojisim pokok Bactris yang tertinggal di ladang boleh dijadikan sungkupan untuk tanaman yang masih ada di situ dan juga sebagai bahan kitaran nutrien semula serta menambah bahan organik di dalam tanah. Penuaian kedua boleh dijalankan pada 6 – 10 bulan kemudian apabila 1 – 2 sulur yang disimpan itu sudah besar dan matang.

 

Anggaran Kos Pengeluaran dan Pulangan

Menurut kajian di ladang MAAH (KLIA, Sepang) yang terdiri daripada tanah siri Serdang (jenis lom lempung berpasir), sebanyak 5 pusingan tuaian telah dijalankan dalam tempoh 5 tahun pertama penanaman. Hasil umbut mengikut tahun penuaian adalah seperti ditunjukkan di jadual 2.

Dari jadual 2, didapati hasil umbut telah meningkat tahun demi tahun, iaitu 2,744kg/ha pada tahun kedua kepada 4,024kg/ha pada tahun ke-3 dan terus kepada 3,654kg/ha pada tahun ke-4. Manakala pada tahun ke-5, hasil tersebut telah menurun kepada 1,790kg/ha kerana berlaku serangan babi hutan yang serius ke atas plot tanaman ini selepas penuaian pusingan ke-5 yang mengakibatkan penurunan hasil. Namun begitu, sulur tetap menumbuh menyatakan pengeluaran hasil akan kembali ke normal apabila pokok-pokok Bactris sembuh dari kerosakan yang disebabkan oleh serangan tersebut.

Dengan berdasarkan harga kebun umbut pada RM5.50/kg, maka keuntungan bersih dari jumlah hasil umbut buat 5 tahun pertama penuaian ialah RM15,938/ha/5 tahun setelah menolak jumlah kos pengeluaran sebanyak RM51,230/ha/5 tahun.

Ini bermakna integrasi tanaman Bactris di ladang kelapa sawit mampu memberi pulangan bersih sebanyak RM3,187.60/ha/tahun (RM15,938 / 5 tahun). Pulangan ini belum lagi memasukkan keuntungan daripada hasil awalan kelapa sawit. Dengan kata lain, pokok Bactris mendatangkan keuntungan tambahan kepada pengusahanya melalui integrasi Bactris gasipaes dalam sistem dua baris kembar kelapa sawit di ladang.

 

 

Sumber Maklumat :

Integrasi Tanaman dan Ternakan-Pemacu Kesejahteraan Industri Sawit, Penyunting, Dr. Mohd Basri Wahid dan rakan-rakan, MPOB, 2010.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :