You are currently viewing Rebung Buluh Bahan makanan yang berpotensi komersial

Rebung Buluh Bahan makanan yang berpotensi komersial

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my

Buluh mempunyai pelbagai kegunaan, sama ada digunakan sebagai bahan binaan, kraftangan malah sebagai pokok hiasan, sama-sama menunjukkan daya maju yang baik. Rebungnya pula boleh dijadikan bahan makanan enak dan berkhasiat yang telah menjadi amalan orang Asia khususnya, sejak zaman silam lagi. Khasiat rebung merangkumi protein, lemak, karbohidrat, serabut, abu, Ca, P, Fe, Na, K, Karotena, vitamin A, B, C dan sebagainya.

Bukan semua rebung boleh dimakan. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan bahawa rebung boleh dimakan adalah tidak pahit serta bertekstur lembut iaitu dengan kandungan serabut yang rendah. Rebung dalam kategori ini termasuklah spesis buluh Dendrocalamus asper dari Thailand, Phyllostachys edulis dan Dendrocalamus latiflorus dari Taiwan. Rebung P. edulis tersebut tadi paling popular di Negara Taiwan, Korea dan Jepun. Rebung buluh Taiwan dan Thailand bukan sahaja digunakan sebagai sayuran dalam negara, malah telah dieksport secara segar, kering atau diproses menjadi produk tin ke negara-negara lain sejak tahun 70-an dan 80-an lagi. Dalam senario ini, eksport Taiwan ialah US$25 juta (1977) dan eksport Thailand pula ialah US$3.84 juta (1984).

Di Malaysia, walaupun 70 spesis buluh telah dikenal pasti tetapi hanya beberapa spesis (kesemuanya jenis simpodium, iaitu jenis berumpun) yang mengeluarkan rebung boleh dimakan. Spesis-spesis ini ialah Bambusa blumeana, Dendrocalamus asper, Gigantochloa levis dan G. ligulata. Ujian mengetin rebung yang pernah dijalankan oleh MARDI menunjukkan spesis T. siamensis dan G. levis memberi perolehan yang lebih tinggi berbanding spesis lain dalam ujian, masing-masing mencatatkan 21.9% dan 23.2%.

Pembentukan Rebung

Rebung sebenarnya merupakan anak buluh muda bertumbuh daripada rizom buluh. Rizom ini berada dalam tanah. Tunas pada rizom membesar buat selama beberapa bulan kemudian tumbuh keluar daripada permukaan tanah dalam bentuk kon yang diselaputi oleh upih. Rebung akan memanjang dengan cepat dan dalam masa sebulan sahaja akan menjadi batang yang keras.

Rebung akan matang dengan cepatnya. Oleh itu, masa penuaian adalah faktor yang amat penting dalam menentukan mutu rebung kutipan. Kandungan serabut meningkat dengan umur rebung dan ini akan menyebabkan kadar perolehan (iaitu bahagian yang boleh dimakan atau diproses selepas pembersihan) menurun berbanding keseluruhan hasil penuaian. Selain itu, kandungan khasiat seperti karbohidrat, lemak, protein, asid amino dan garam bukan organik juga berkurangan dengan umur rebung. Sebab itu, rebung yang terbit daripada permukaan harus dituai pada masa yang sesuai dengan kadar segera.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Penanaman Buluh

Buluh boleh dibiak dengan kaedah-kaedah keratan rizom, pembahagian anak, keratan batang dan tut. Amnya ia dibiak dengan cara pembahagian anak, iaitu menceraikan anak daripada rumpun buluh berumur satu tahun, batang anak dipotong 1m tinggi dan ditanam pada musim hujan. Anak daripada pokok berumur lebih 2 tahun didapati kurang berdaya pembiakan.

la juga boleh dibiak dengan cara keratan batang, iaitu memotong batang daripada pokok buluh berumur 1 – 2 tahun. Batang buluh yang dipotong seelok-eloknya mempunyai 3 – 4 buku kemudian boleh ditanam secara mendatar dalam tanah kira-kira sedalam 25cm daripada permukaan tanah atau ditanam secara condong separuh di bawah aras tanah. Bagi penanaman secara keratan batang, sebanyak 1,000 keratan adalah diperlukan untuk kawasan tanaman seluas satu hektar. Dalam masa lima tahun, ia akan tumbuh menjadi rumpun yang rimbun.

Pengurusan Lepas Tanam

Selepas tanam, penimbunan tanah di sekeliling pokok perlu dijalankan sebanyak 3 – 4 kali dalam masa 2 tahun. Pembajaan dengan baja kimia dan baja organik khususnya baja tahi ayam, akan mempercepatkan tumbesaran di samping menambah kesedapan rebung kelak terutama bagi menambah kemanisannya. Di negara-negara yang menanam buluh untuk mendapatkan rebungnya secara komersial, pokok-pokok dijaga rapi dengan amalan agronomi yang sewajarnya termasuk memberi sungkupan jerami kepada rumpun pokok dan menjalankan pangkasan ke atas pokok yang terlalu rimbun untuk memperbaiki kadar tembusan cahaya matahari.

 

Sumber maklumat :

P. Mansor, “Pengeluaran Rebung Buluh – Satu Nota Ringkas”, Teknologi Pelbagai Tanaman, MARDI. 1989.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :