You are currently viewing Kaedah Kawalan Terhadap Serangan Kumbang Badak Di Ladang Sawit Muda

Kaedah Kawalan Terhadap Serangan Kumbang Badak Di Ladang Sawit Muda

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Serangan kumbang badak / kumbang tanduk (Oryctes rhinoceros) terhadap tanaman sawit muda khususnya di kawasan tanam semula masih merupakan satu masalah yang membelenggui pekebun kecil kerana bagi mereka yang menghadapi masalah ini buat pertama kali, mungkin tidak tahu apakah cara yang sesuai untuk mengawal serangga perosak ini. Kerosakan pokok muda sawit yang diakibatkan oleh serangan kumbang badak memberi kesan negatif terhadap tumbesaran pokok sekiranya kadar serangan itu adalah serius. Pokok mungkin akan mati jika serangan tersebut menyebabkan meristem pokok rosak dan reput mengakibatkan pucuk-pucuk daun baru tidak dapat lagi tumbuh.

Sebelum melihat cara kawalan terhadap perosak ini, ada baiknya mengetahui ciri-ciri biologi serangga ini terlebih dahulu. Kumbang badak betina dewasa akan menelur di dalam tunggul kayu, batang sawit mereput, habuk papan dan bahan organik mereput. Larva boleh hidup sehingga 7 – 8 bulan bergantung pada habitat yang didiaminya. Bagi kumbang dewasa, ia boleh hidup selama 6 9 bulan. Oleh yang demikian, sekiranya kebun sawit mempunyai suasana pembiakan seumpama ini, ia akan menarik kedatangan kumbang badak untuk membiak sambil memulakan serangan terhadap anak pokok sawit di situ dalam proses mendapatkan bahan makanan.

Gejala Kerosakan

Kumbang badak amnya menyerang pangkal pelepah dan menusuk masuk ke dalam untuk memakan tisu-tisu dalaman yang muda. Keadaan ini ini akan akan menyebabkan pangkal pelepah berlubang dan pucuk daun yang berkembang selepas itu akan berbentuk kipas atau patah. Serangan berterusan terhadap pucuk boleh menyebabkan pokok sawit itu mati.

Untuk mengawal serangan kumbang badak, beberapa kaedah boleh digunakan. Di antaranya ialah mengelakkan penanaman bawahan (underplanting) kerana batang pokok sawit tua yang sudah diracun dan masih menegak untuk mereput itu amat menarik bagi kumbang ini untuk membiak. Batang pokok sawit tua elok ditebang, dicincang dan disebarkan satu lapisan sebagai sungkupan. Cara ini dapat mempercepatkan pengeringan biomas itu menjadikan ia tidak sesuai untuk pembiakan kumbang badak. Inilah kaedah pembakaran sifar yang kini diterapkan secara umum oleh sektor perladangan sawit. Tunggul lama di kebun hendaklah dibersihkan kemudian ditanam dengan tumbuhan kekacang penutup bumi dengan segera selepas melakukan tanam semula secara pembakaran sifar.

Perangkap Feromon

Pemasangan perangkap feromon juga kaedah berkesan untuk mengawal serangan kumbang badak. la berfungsi secara memerangkap kumbang badak jantan supaya ia tidak dapat menjalankan aktiviti mengawan di kebun. Bagaimanapun, ada juga kumbang badak betina yang terperangkap di dalam tetapi kuantitinya lebih rendah daripada yang jantan. Keadaan ini juga bergantung pada lokasi perangkap-perangkap dipasang sama ada di pinggir blok ataupun dalam blok ladang. Keadaan ini akan menyebabkan populasi kumbang badak semakin berkurangan. Perangkap feromon hendaklah dipasang kira-kira 6 – 12 bulan sebelum tanam semula dijalankan.

Menurut sumber, kumbang badak akan berpindah masuk apabila aktiviti tanam semula bermula. Oleh itu, perangkap feromon dicadangkan dipasang di pinggir ladang atau kebun sebelum kerja tanam semula bermula untuk meningkatkan kesan pemerangkapan. Satu perangkap feromon untuk keluasan 2 hektar adalah dicadangkan kerana didapati kepadatan perangkap ini memberi kesan positif.

Menurut satu kajian pada tahun 2005, didapati 57% daripada ladang sawit yang dibanci dan memberi jawapan kepada pihak pembanci telah menggunakan perangkap feromon untuk menangani masalah serangan perosak ini di ladang dengan kebanyakan ladang memasang satu perangkap feromon dalam keluasan tanah 2-10 hektar. Didapati secara purata, satu perangkap feromon dapat memerangkap 34 ekor kumbang badak dewasa dalam satu malam. Justeru itu, perangkap feromon adalah satu pendekatan berkesan untuk mengawal populasinya di ladang atau kebun sawit. Bahan feromon yang dipasang di bahagian atas setiap perangkap amnya berkesan selama 14 hari bergantung kepada jenis bahan dipakai, kemudian perlu digantikan dengan yang baru.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Kawalan Kimia

Di kawasan tanaman sawit yang menghadapi serangan kumbang badak yang serius iaitu melebihi 5% daripada keluasan tanaman, maka kawalan kimia hendaklah diperkenalkan. Disebabkan oleh bahan kimia adalah kurang mesra alam, ia dicadangkan untuk digunakan hanya apabila serangan adalah serius. Dalam aspek ini, racunn kimia lambda-cyhalothrin, cypermethrin, fenvalerate, monocrotophos dan chlorpyrifos didapati berkesan untuk mengawal kumbang badak di tapak semaian dan juga di ladang ataupun kebun. Kesemua racun kimia ini dapat mengurangkan kerosakan oleh kumbang badak secara signifikan 11 minggu selepas rawatan.

Sungguhpun cypermethrin adalah berkesan untuk mengawal kumbang ini, tetapi oleh kerana bahan ini amat toksik terhadap kumbang pendebungaan sawit, maka ia tidak digalakkan untuk digunakan. Racun carbofuran didapati tidak berkesan terhadap kumbang badak. Racun-racun kimia untuk mengawal kumbang badak dipakai secara semburan pada pangkal pucuk pokok.

Kawalan Agen Biologi

Metarhizium anisopliae adalah sejenis fungi yang telah digunakan sebagai agen biologi untuk mengawal kumbang badak. Sejak tahun 1990 ia telah digunakan dalam aspek ini. Kini fungi ini telah dirumus secara komersial dalam produk berbentuk serbuk dan butiran untuk kegunaan penanam sawit mengikut kesesuaian setempat masing-masing. Bentuk serbuk hendaklah dibancuh dengan air bersih kemudian disembur pada tempat pembiakan kumbang badak manakala yang dalam bentuk butiran pula ditaburkan sahaja di tempat pembiakannya yang mana mycelia dan spora sebagai bahan aktif yang terkandung di dalam akan membunuh 100% larval kitaran ke -3 dalam masa 18 hari selepas rawatan.

Keupayaan Metarhizium anisopliae membunuh larva kumbang badak sepenuhnya adalah ciri terpenting bagi agen biologi ini di samping juga ia adalah mesra alam kerana didapati tidak memberi kesan negatif terhadap kehidupan bukan sasaran seperti kumbang pendebungaan, tikus dan ikan di peparitan atau kolam di ladang sawit.

Metarhizium anisopliae yang dirumus dalam bentuk serbuk selepas dibancuh dengan air bersih, ia kemudian disembur terus ke tempat pembiakan kumbang badak seperti reputan batang sawit atau reputan tandan kosong sawit. Kadar yang disyorkan ialah 700g/ha dengan penyemburan 1 liter bancuhan bagi setiap meter persegi reputan. Larva yang mati akan ditumbuhi kulat berwarna hijau yang merupakan sumber penyebaran spora kulat M. anisopliae dengan menjangkiti larva sihat yang lain. Kematian larva kumbang badak bermaksud ia tidak dapat melanjut ke peringkat dewasa dan pokok sawit muda dapat diselamatkan daripaa
serangannya.

 

Sumber maklumat :

1. Norman Kamarudin et al., “Kumbang Pendebungaan, Perosak Sawit dan Kawalannya”, Perusahaan Sawit Di Malaysia : Satu Panduan, Penyunting Esnan Ab Ghani dan Idris Omar, MPOB, 2009, hal. 206-209.
2. Siti Ramlah Ahmad Ali et al., (Editors), Sustainable Oil Palm Insect Pest Management In Malaysia, MPOB, 2018, hal. 33-36.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :