You are currently viewing Aplikasi Sistem Pengairan Pintar : Perak Mengorak Langkah Untuk Menjadi Hub Pengeluaran Durian Utama Di Malaysia

Aplikasi Sistem Pengairan Pintar : Perak Mengorak Langkah Untuk Menjadi Hub Pengeluaran Durian Utama Di Malaysia

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

LENGGONG, 2 APRIL 2022 – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri (SADC) Perak melalui anak syarikat Perak Agro Forestry Sdn Bhd (PAFSB) dalam perancangan untuk membangunkan projek tanaman durian melibatkan kawasan seluas 1,553 ekar di seluruh negeri Perak dengan kos peruntukan berjumlah RM44.41 juta.

Pelbagai jenis durian akan ditanam seperti Musang King, Duri Hitam dan D24.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad berkata projek ini dijangka mengeluarkan hasil secara berperingkat menjelang tahun 2029.

“SADC Perak juga telah merancang untuk mengadakan usahasama pemasaran dan melihat kewajaran bagi membangunkan kilang pemprosesan durian yang mampu untuk memproses durian sejuk beku, pulpa durian beku dan pes.

“Hasil produk ini dilihat berpontensi dipasarkan untuk pasaran domestik serta dieksport ke China dan beberapa buah negara yang lain,” beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Penanaman Pertama Projek Penanaman Durian Perak SADC di Ladang Ayer Kala, Lenggong.

Beliau yang turut merangkap sebagai Pengerusi SADC Perak berkata lagi, ladang ini bakal dilengkapi dengan “smart irrigation system” yang berfungsi bagi memastikan aspek pengurusan pengairan anak pokok durian dapat diseragamkan dan dikawal secara sistematik.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

“Penggunaan teknologi seumpama ini juga bukan sahaja menjadi kunci kepada kejayaan tanaman durian bahkan ia memberi manfaat dalam mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh,” jelasnya lagi.

Hadir sama, YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Dato’ Ar. LA Meor Roslan bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi; YB Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Tuan Haji Razman bin Zakari; YDH. Toh Shahbandar Ulu Dato’ Haji Mohd. Tarmizi bin Haji Idris merangkap YB ADUN Kenering dan YB Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah.

 

Sumber maklumat :

Majlis Keselamatan Negara, 5/4/2022

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Sila kongsi kepada kawan :