You are currently viewing Pengurusan Anak Sawit Liar Dengan Racun Rumpai Spesifik Membawa Kesan Positif

Pengurusan Anak Sawit Liar Dengan Racun Rumpai Spesifik Membawa Kesan Positif


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my

Anak pokok sawit liar menjadi satu isu kritikal berikutan buah sawit masak di atas pokok tidak sempat dipotong oleh pekerja ekoran kekurangan buruh di ladang. Buah sawit masak akan jatuh ke atas tanah dan cambah menjadi anak sawit liar. Anak sawit liar dianggap sebagai sejenis rumpai di ladang. la sukar untuk dihapuskan melainkan penggunaan racun kimia yang sesuai terhadapnya.

Menurut eksperimen MPOB yang dijalankan di sebuah kebun sawit berumur 19 tahun di Bangi, Selangor, beberapa jenis racun rumpai telah diuji untuk menilai kesan masing-masing. Didapati ada yang sangat berkesan manakala ada yang kesannya tidak menggalakkan.

Eksperimen tersebut menggunakan 11 jenis racun rumpai. Hasil eksperimen itu mendapati glyphosate monoammonium 52% w/w (5.0 liter/ha) memberi kesan terbaik kerana anak sawit liar mati 100% 14 hari selepas semburan. Bagi paraquat dichloride 13% w/w (5.0 liter/ha), 93% anak sawit liar mati dalam tempoh masa yang sama. Kadar kematian ini didapati adalah sama dengan kadar kematian pada 7 hari selepas semburan. Semburan Glyphosate isopropylamine 41% w/w (4.0 liter/ha) pula menyebabkan 70% kematian anak sawit liar selepas 14 hari semburan dilakukan. Racun rumpai lain memberi kesan lebih rendah daripada 50% malahan ada yang tidak menyebabkan kematian langsung anak sawit liar.


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Dalam semua rawatan, kawasan yang sudah disemburi dengan glyphosate monoammonium tidak nampak pertumbuhan semula anak sawit liar menandakan pencapaian kesan yang optimum. Namun, harganya lebih mahal daripada racun rumpai lain. Paraquat dichloride walaupun mampu membunuh 93% anak sawit liar serta paling murah di antara kesemua racun rumpai, tetapi anak sawit liar yang tidak mati itu tumbuh semula. Dos penggunaan racun rumpai dan surfactant berkait rapat dengan kesan pengurusan rumpai justeru perlu dilaras supaya mendatangkan kesan terbaik. Penyemburan racun rumpai di bawah pokok belum matang juga hendaklah berhati-hati supaya tidak menjejaskan akar dan daun pokok di situ.

Sumber maklumat :

Maizatul, S M and Idris, A S, “Glyphosate Monoammonium For Controlling Volunteer Oil Palm Seedlings”, MPOB TT No. 406, June 2008。


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com