You are currently viewing Alat Penabur Baja Butiran Hasil Rekaan MARDI

Alat Penabur Baja Butiran Hasil Rekaan MARDI

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Baja butiran biasanya diserak sahaja oleh tukang membaja yang mengangkut bajanya dalam kereta tolak atau dalam baldi. Pada kakikat, kerja ini agak berat dan memerlukan tenaga yang banyak. Terutama pembajaan di tapak semaian malah perlu membengkokkan badan semasa menabur baja butiran ke dalam polibeg.

Kini, dengan adanya alat penabur baja butiran jenis galas, kerja pembajaan akan dipermudahkan serta kurang membebankan. Alat ini sudah direkakan oleh MARDI dan merupakan alat yang akan meningkatkan produktiviti pembajaan. Yang pentingnya, kadar pembajaan bagi setiap pokok dapat dikawal dengan alat penabur ini yang selanjutnya dapat menjimat kos pembajaan di samping membekalkan setiap pokok dengan kadar baja yang sama.


Alat penabur baja butiran digalas di belakang badan dan kerja membaja menjadi lebih ringan serta mempercepatkan masa pembajaan. Mulut nozel alat ini mempunyai berapa ukuran untuk menyesuaikan keadaan penggunaan. Mulut nozel yang lebih besar digunakan untuk penaburan baja butiran pada kadar yang lebih tinggi setiap kali. Begitulah sebaliknya. Namun begitu, gelongsoran baja butiran melalui paip plastik itu masih dapat dikawal dengan tangan walaupun mulut nozel mungkin lebih besar. Alat penabur baja ini diperbuat daripada plastik dan ringan, menepati matlamatnya supaya meringankan di samping meningkatkan kecekapan pembajaan.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com

Sumber maklumat :

Mohd Fazly Mail, “Alat Penabur Baja Butir Jenis Galas”. Agromedia, Bil. 36, 3/2011, MARDI.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :