You are currently viewing Serangan Koya Ke atas Buah Ciku Dan Kaedah Kawalan

Serangan Koya Ke atas Buah Ciku Dan Kaedah Kawalan


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Inilah sejenis koya mangga (Downysnowline mealy bug atau mango mealy bug) yang juga menyerang pokok ciku dan belimbing. Koya akan menghisap cecair di bahagian pucuk, ranting dan putik buah sehingga pertumbuhan pokok terencat. Di musim kering, serangan koya menjadi lebih serius. Koya akan mengeluarkan sejenis cecair manisan dan memupuk pertumbuhan kulapuk hitam di pemukaan daun dan buah. Akibatnya ialah proses fotosintesis pokok akan terjejas dan selanjutnya juga menjejaskan menjejaskan tumbesaran dan penghasilan pokok. Semut termasuk kerengga sudah dikenal pasti sebagai penyebar koya. Aras serangan koya di kebun biasanya daripada tahap rendah ke sederhana tinggi. Apabila buah ciku diserangi koya dan selanjutnya kulapuk hitam, nilainya akan menurun kerana bahagian luaran menjadi begitu hodoh sehingga pembeli tidak ingin membelinya.


Untuk menangani koya, semburan racun boleh dijalankan ke atas daun dan ranting dengan minyak putih (contoh: Albarol, 13 ml/4.5 liter air; Shell Miscible White Oil, 57 ml/4.5 liter air), cypermethrin + chlorpyrifos (contoh: Nurelle-D505 EC, 5-12 ml/10 liter air), dimethoate (contoh: Dimet 40 EC, 7 – 15 ml/10 liter air) dan malathion (contoh: CH Malaxion 84 EC, 15 ml/4.5 liter air) dengan selangan 7 – 14 hari untuk kawalan perosak dan juga semut. Serangan kulapuk hitam pula boleh dikawal dengan semburan benomyl (contoh : Benlate, 4g/4.5 liter air).

 


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Sumber maklumat :

Ithnin Badri et al., Serangga Perosak Buah-Buahan Tropika Malaysia, Mardi, 2008, hal. 38-39.


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/