You are currently viewing Memangkas Pokok Durian Ke arah Tumbesaran Dan Pengeluaran Hasil Yang Menggalakkan

Memangkas Pokok Durian Ke arah Tumbesaran Dan Pengeluaran Hasil Yang Menggalakkan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Tanaman durian tidak boleh dibiarkan tumbuh mengikut kehendaknya sebaliknya perlu dipangkas dari semasa ke semasa bagi membentuk corak pokok yang seimbang dan berhasil. Pokok yang tumbuh terlalu rimbun akan menyekat kemasukan cahaya matahari serta perudaraan di kanopi pokok yang akan meningkatkan kadar jangkitan penyakit kerana kadar kelembapan yang lebih tinggi di situ. Oleh yng demikian, pokok durian berumur 6 bulan dan ke atas hendaklah dimulakan pangkasan pelepah dan daun.

Dalam proses ini, dahan melintang, pucuk air dan dahan berpenyakit yang mengganggu tumbesaran hendaklah dipangkas sama sekali mengikut kriteria yang ditentukan. Pangkasan juga akan menggalak tumbesaran dahan-dahan yang dikekalkan kerana dahan-dahan berlebihan telah dipangkas.

Sebagai permulaan, setiap pokok hanya boleh mengekal satu batang pokok sahaja. Batang berlebihan seperti batang kedua hendaklah disingkirkan. Langkah kedua ialah
mengekalkan 4 – 6 dahan melintang yang bersudut lebar dengan jarak 4-6 inci di antara satu sama lain. Pad masa ini, dahan yang tumbuh menegak serta pucuk air hendak dipangkas. Dahan yang tumbuh lebih rendah daripada 2 kaki dari permukaan tanah juga disingkirkan sama sekali.

Langkah ketiga ialah pokok yang berumur satu tahun dan ke atas dipilih lagi 6 dahan melintang bersudut besar untuk dikekalkan. Ini bermakna sehingga masa ini sudah ada 10-12 dahan utama yang dikekalkan. Dahan yang paling tinggi di kanopi pokok kini berada pada ketinggian lebih kurang 2 meter.

Apabila pokok mencapai umur 3 tahun, dahan yang tumbuh lebih rendah daripada 1 meter dari permukaan tanah perlu dipangkas. Dianggarkan dahan seumpama ini dalam lingkungan 1-3 batang. Langkah ini dimabil untuk mengelak pokok dari jangkitan penyakit cerana. Semua dahan utama yang dikekalkan setakat ini hendaklah dipupuk dari segi tumbesaran melalui pangkasan dahan-dahan yang tumbuh menegak dan juga pucuk air. Besama-sama dengan langkah pembajaan yang baik, dijangka pokok akan membesar dengan sihat.

Pokok durian yang tumbuh dengan sihat hendaklah memiliki ciri-ciri berikut :

1. Setiap pokok hanya boleh dikekalkan satu batang utama. Batang berlebih yang dikenali mutliple leaders tidak akan meningkatkan hasil tetapi sebaliknya akan bersaing dengan batang utama dari segi nutrien serta lebih mudah tumbang apabila ditiup angin kencang.

2. Dahan-dahan yang dikekalkan tidak boleh bergeser dengan batang pokok dengan erti kata lain, sudut dahan melintang hendaklah cukup lebar, paling baik 90 darjah.

3. Garis pusat batang melintang ini hendaklah lebih kecil daripada batang pokok sebanyak 2/3. Menurut sumber, dahan melintang yang produktif adalah bergaris pusat 1.6 inci – 4 inci dan dahan-dahan ini hendaklah dikekalkan. Untuk menggalak dahan-dahan melintang ini menghasilkan sudut yang besar, penanam malah boleh menggunakan pemberat untuk melendurkannya. Langkah ini akan memupuk semua dahan melintang ini tumbuh dengan sudut yang melebar. Sesungguhnya, pengeluaran hasil pada dahan-dahan melintang amnya lebih tinggi daripada dahan-dahan yang tumbuh secara lebih menegak.

 

Rujukan :

1. FB Donny Bin Len, Pertanian Bandar, informasi laman web.

2. Surmusk Salakpetch, “Durian (Durio zibethinus L.) Flowering, Fruit Set and Pruning”, Proceedings Fifteenth Annual International Tropical Fruit Conference, 2005.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :