You are currently viewing Perangsangan Pemucukan Baru Pokok Durian Di Luar Musim Melalui Pembajaan

Perangsangan Pemucukan Baru Pokok Durian Di Luar Musim Melalui Pembajaan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Pihak Thailand pernah menjalankan satu eksperimen bagi menentukan kombinasi baja terbaik terhadap pemucukan baru pokok durian di luar musim. Pemucukan baru amnya akan berlaku beberapa kali dalam setahun bergantung kepada kehadiran hujan. Apabila hujan menimpa, pokok akan mula mengeluarkan pucuk baru. Jika tanpa hujan, program pembajaan yang sesuai juga mampu memupuk pemucukan baru. Pemucukan baru menandakan proses tumbesaran sedang berlaku dan keadaan ini akan menjanjikan hasil buah nanti.

Pemucukan baru dipupuk supaya berlaku di luar musim kerana dalam tempoh masa ini tiada pengeluaran buah. Sekiranya pemucukan baru berlaku di musim pembuahan, keadaan ini akan menjejaskan hasil termasuk kadar keguguran putik buah yang lebih tinggi.

Eksperimen pembajaan oleh pihak Thailand itu dijalankan di antara bulan Jan – Jun 2014. Sejumlah 9 kombinasi baja termasuk plot kawalan telah digunakan untuk eksperimen ini (jadual 1). Hasil eksperimen itu mendapati semua plot pembajaan tidak menunjukkan perbezaan masa yang ketara dalam tempoh pemucukan baru sehingga pucuk menjadi dewasa. Namun kadar pemucukan pula menunjukkan perbezaan yang agak besar di antara semua plot pembajaan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Didapati plot eksperimen ke-7 yang menggunakan NPK 15/15/15 (2kg) + 15kg tahi ayam sudah proses merangsang kadar pemucukan baru yang paling tinggi mencatatkan 85.80% serta juga dengan masa pemucukan baru yang paling cepat. Kemudian diikuti oleh plot eksperimen ke-6 yang menggunakan kombinasi baja 15/15/15 (2kg) + tinja lembu 25kg yang mencatatkan pemucukan baru pada kadar 83.00%. Di plot kawalan, oleh kerana tiada sebarang baja digunakan, maka kadar pemucukan baru hanyalah pada kadar 33.40%. Tinja ayam mengandungi lebih banyak NPK berbanding tinja lembu, faktor ini berjaya merangsang pemucukan baru yang lebih optimum.

 

Sumber maklumat :

Somporn Na Nakorn, “Effect of Manure and Chemical Fertilizer on Vegetative Growth of Off-Season Durian Production”, Journal of Agricultural Technology 2015 Vol. 11(8): 2523-2529.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :